You make me feel so alive.

wondering.

kehidupan sekarang, aku atau kau sama saja. berpandukan kepada 1 peraturan, mengikut pada satu kitab dan tujuan sama. Iaitu ingin selamat tika akhirat nanti.tidak dibalun sungguh2 bila seorang diri dalam gelap nanti.

betul kan?

atau kau sebaliknya?lebih berani untuk mengatakan bukan?tapi aku rasa tak pelik dan mustahil pun untuk kau kata tidak. sebab hati kecil aku juga seringkali bermonolog sendirian.yang kehidupan ni perlu ada jalan cerita yang lain, sedikit berbeza dan adventure sikit. Baru seronok.kan?baru la boleh dikatakan indi dan rock sikit.

tengok lah, aurat perempuan sekarang dah macam trend.
tak campur bergaul bebas sesama sendiri.
Al-Quran terbaring sepi dan sejadah sudah sunyi mati nun dihujung tembok sana.
arak dah jadi hidangan utama.
meratah sama sendiri tu dah kira normal.

baru la berani beb,
baru la KL,
baru la remaja...
yeahhhh......



Mr Arsenal baru lepas membebel pada aku, minta aku berpakaian sopan dan berpurdah bagai.

aku diam saja.
kelu.

kadang2 apa yang dikatakan, satu persatu yang masuk keluar dari corong telinga aku, ada kalanya betul.ada separuh yang benarnya.

sungguh.



Makcik ofis offer tudung ARiani half price.

tapi aku masih mampu bagi senyum sumbing aku saja.
bisu.
mati aku disitu, sepi aku ditengah2 ramai manusia.


Hati gerun juga, tapi dah tak boleh buat apa. jiwa tertekan juga, tapi mahu bikin bagaimana.Tapi walau macam mana pun kau hadapinya, walau apa pun yang berlaku. kita tetap cari yang satu itu. memang kau akan cari. aku pasti sekali.Jangan nafikan, sebab aku pun macam tu juga.

pedoman,pegangan, atau kata nama lain?bunyi runutnya berlainan,tapi makna tetap sama.



kehidupan berlandaskan satu sebab, dan sebab punya satu alasan yang sangat kukuh untuk pertahankannya.setiap kesalahan yang kita buat, setiap dosa yang kita lakukan, setiap bencana yang kita ciptakan, setiap perkara negatif yang dah kita sama2 satukan dalam kehidupan punya alasan juga.



alasan yang kukuh,



kita bukan tuhan.















































kau pun bukan.


To Mr Arsenal : sory ;(

0 STITCH:

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS