Bosan.

Serius bosan.
Blogging ni macam dah jadi beban pada aku.
sebab ianya satu tanggung jawab.

dari dlu aku benci betul dengan tanggung jawab.
tak suka lansung!
macam mak suruh aku jaga adik masa dia masih bayi.sedangkan aku masa tu sedang menggila dengan musim remaja aku.
tanggung-jawab itu terabai lagi.

macam abah suruh aku belajar betul2 dan masuk universiti.Itu dah jadi tanggung jawab aku setiap hari.
peh.
tanggung jawab itu terabai lagi.dan lagi.

macam kawan2 kau minta dia jaga hati dan jaga diri dia.Tu tanggung jawab dude.
tak boleh buat main2 weh.
serius.
tapi tanggung jawab yang tu seringkali aku abaikan.
gile pethic.

macam kita. aku dan kau yang bernafas dalam muka bumi ni.
semua ada tanggung jawab.
takbir. sujud. rukuk. dan takbir. sujud. rukuk lagi lagi dan lagi.
peh.
terabai lagi.
kesian betul.kesian banyak dol.

macam apa yang aku hadap hari-hari.
ni semua tanggung jawab.
tak buat, kau mati.
hahaha.
gila betol.

aku rasa aku dah start bosan dengan tanggung-jawab yang dah www.blogger.com berikan pada aku ni.
serius bosan.bosan gila.
erm....

sekarang aku betul-betul sunyi.

Tadi aku kelahi lagi sama Mr Arsenal.
Aku dah tak peduli tentang hormat sebab tak pernah ada cikgu ajar aku untuk hormat orang yang tak hormatkan kita.Mak tak pernah ajar aku untuk sayangkan orang yang tak sayangkan kita. Abah tak pernah ajar aku untuk sayang orang asing lebih daripada sayang pada keluarga sendiri.Adab dan sopan aku hilang buat seketika. Tiada siapa pun pernah suruh aku untuk sopan sama orang yang tak faham apa itu konsep kesopanan yang sebenar.

so, here i come.
*give me a big big big hug*

semalam faizal ajak aku keluar lagi.dia sweet sangat tahap otromen.serius.sweet sangat.

tak habis2 ulang ayat yang sama.
'everything's gonna be okey'
'be strong'

hei.
aku sekarang rindukan kawan2 aku.sebab aku sunyi.mana kamu semua hah?Benci gila rasa rindu macam ni.erm, korang tahu, walau korang ada didepan, belakang kiri dan kanan aku, aku tetap rasa cuma aku seorang saja yang hidup. Tolong matikan aku andaikata kematian boleh satukan kita semula.Tapi tolong okey, pada kawan yang selalu buat tahi dengan aku, aku tak rindu lansung kat korang!

wek!

Tiada tajuk.

Memang sekarang, kehidupan aku sekarang tak punya tajuk. Lagi bagus, sebab sekarang tak menentu. Tajuk yang lebih elok sekarang, Huru-Hara. kesian kan.tapi aku tak harapkan simpati sesiapa. taknak kasihan sesiapa. Tak perlu sesiapa. cuma sy nk pinjam bahu, nak menagis kuat2. jerit sampai hilang suara. dan tersedu-sedu lama sampai hingus pun jadi kering.

Hariini masuk 3 hari, Mr Arsenal biarkan aku keseorangan, rindu nak mati.

Rindu sampai nangis.
Rindu sampai benci.
Rindu sampai rasa dendam.
Rindu sampai janji akan benci dia sampai mati.

Ramadhan kali ini ntah apa-apa. 1st ramadhn aku azab gile. Period-Pain. jiwa pun dah x berapa nak betul. Dengar my dedi n my mami arguing bout same thing, everyday, every minutes. aku jadi bosan dan hyper-tension gile.

sumpah. serabut.

mandi-makeUp-melaram-drive-KAMDAR-habiskan RM200 tanpa rasa bersalah-Peh-syurga.

tapi balik aku menagis juga. macam cibai okey. Air mata aku terlalu banyak dihabiskan untuk sampah2 busuk tu.

ada banyak sangat sampah.
ada sampah yang busuk.
sampah yang boleh makan.
sampah yang boleh simpan.
sampah yang kena hapuksan.
sampah yang boleh kitar semula.
sampah yang boleh guna pakai.

Mr Arsenal tergolong dalam sampah yang terlalu mengasyikkan.
gile.

Inbox 23 August 2009
-If u Love him, u find him.

Sent Items 23 August 2009
-get a hell okey!!!!

:((

Faizal, thanks. comel la awak call saya pukul 10, ajak keluar pukul 11 tapi pukul 12 baru nampak batang hidung sebab saya tertidur dengan perfume penuh 1 badan and dah siap pun setting rambut.

tapi saya kata saya leka tengok tv.hahaha...

pakai sweater biru sama sepatu nipis, awak kata sy dah lain. tak macam dulu. awak ni gila la.Terima kasih la, sebab awak je yang selalu ada bila saya ada masalah jiwa.awak je yang sentiasa buat saya ketawa selepas menangis.awak je yang rajin layan merajuk sy.awak je yang sentiasa jadi bantal bila saya rasa macam nak jatuh. awak je yang ada depan sy bila sy tersungkur dalam hubungan 2 jiwa.awk je yang tak kedekut bahu bila muka sy buruk gila tahan air mata.awk je yg tak kisah habiskan setangki minyak kereta dan hbiskan masa tidur awk melayan cerita sedih sy.

ergh!

balik rumah.tido dan harap all this fucking thing will gone after i opened my eye tmorow morning.

mami, i love u. i just hate who ur pretending to be.
dedi, i always love u. always will still does.
Mr Arsenal, i hate u for doing nothing.

penyeksaan jiwe betul.
mungkin aku dah patut sedia untuk kecewa lagi.

bodoh gile ok.
sepatutnya blog bukan lah salah satu item yang boleh diguna-pakai untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan.
sebab lepas ni, bila semua dah okey, kau baca balik. kau akan jadi malu dan gelak sendiri.tak sangka, ketidakwarasan akal boleh menghasilkan entri suck macam ni sekali.
haha.konon nak emo. wtf!

hai faisal.
hmm...
awak panggil saya baby.
macam babi je rase.

bye.

Dewa cinta has left a new comment.

Bila aku baca komen yang dia tinggalkan.
tiba2 aku tergamam.
tak kenal pun. tak pasti siapa. tak tahu dari mana.
tapi komen dia buat aku terkedu.

Mr A tak pernah khabarkan begitu pada aku.
tak lansung pernah bisikkan khalimah itu di telingaku
tak pernah lansung. aku pasti.
tak mungkin. mungkin?

Orang asing yang tinggalkan komen itu buat aku tersedar. walau dekat mana dia dalam hati aku. tidak semestinya aku dekat dihatinya. walau rindu tinggi mana pun aku padanya, tak mungkin rindunya padaku setinggi itu. walau perlunya dia dalam hidup aku, tapi.perlukah diriku dalam hidupnya.

tanda soal.

Aku tak pasti dimana aku sekarang. koordinasi yang benar atau jauh dari koordinat2 jalan kebenaran. jauh menyimpang dari titik2 buta sebenar kehidupan.aku masih belum tahu kerana aku sendiri tak pasti dimana aku sekarang. harap di tempat yang betul. berdiri di atas garisan yang benar dan memilih simpang yang tidak menyesatkan.

Tapi aku tahu, lorong gelap itu takkan biarkan aku sendirian. takkan biarkan. ada sahaja magnet yang menarik aku untuk menuju kepada kehancuran. ada shaja alat yang digunakan untuk membawa aku kepada kemusnahan. ada saja objek2 pegun yang sentiasa buat haluan hidup aku penuh dengan simpang-simpang gelap. ada sahaja benda2 sial yang boleh buat aku hilang pedoman.

Macam H ajak aku pergi club.have fun and get drunk for a while.
lupakan semua masalah.
macam gampang.
its not realy me.
setakat layang gig indi band yang koya tu mungkin boleh la kot.

Itu bukan soal untuk aku jawabkan. itu bukan cerita yang mahu aku dongengkan. itu bukan tajuk yang nak aku khabarkan.
cuma nak cerita.
Mr Arsenal balik.
itu je.

*rindu awak*
nanti kita cari baju raya sama2 okey.
tak kira. purple!

Ia Lebih Kepada Konflik Peribadi.

Sekarang dah besar.
Besar sangat.Besar sikit. Besar banyak.
Dah tumbuh jerawat.Dah ada tetek. sudah kena pakai tuala wanita. Kemaluan sudah ade bulu. Punggung sudah montok. sudah pandai cari duit nak beli handBag Converse, nak beli kasut Carlorino. Baju Padini. SeluarDalam AVON. Sudah pandai ambil tanggung-jawab.Jaga adik. jaga makan abah. jaga minum keluarga.Sudah pandai pakai baju ketat.sudah pandai pakai mascara. pakai eye-shadow warna terang.sudah pandai makan DR II sebab nk jaga muka. Makan jus mate-5 sebab mahu kurus.sudah pandai kata mak tak betul. kata abah pun lawan. kata kaka tingking2 saja.sudah pandai cari pakwe. bawa pulang kerumah.sudah pandai pasang sugar-dady.sudah pandai buat benda haram. hubungan yang haram.semua haram.sudah pandai kata itu semua hal peribadi. sudah pandai semua.

sebab dah besar.
semua sebab dah besar.

sebab dah dewasa.

Dewasa itu penyakit yang berbahaya.
Lebih bahaya daripada H1N1.
Kerana ia membunuh diri tanpa sebarang amaran atau petanda.

Jaga maruah itu lebih payah dari jaga diri sendiri weh.
Percayalah.
kalau tidak. manakan pula saudara terdekat yang bertutup litup segala sanggup gadaikan maruah demi nafsu sendiri.

Insaflah.
tapi mungkin dah terlambat.
kau dah rosak pun.















.
Maruah takdek spare-part.
tak-kan ada.
END.

Easy For You To Say Bitch!

Aku hadiahkan sepotong ayat ini kepada seorang kawan-baik-yang-selalu-ajak-men-doggy.hehe..Serius, dia baik. At least baik. Ye, baik lah daripada Karim yang asyik kata aku hodoh padahal awek dia badan mengalahkan king-kong.Kurang2 tetek aku tak lah macam awek kau yang serius nampak macam pelik tu. Tak lah macam Man yang fikir aku ni batu api, laga-lagakan dia dan Tasya. baik lah daripada Syawal yang fikir aku ada scandel dengan Amar. baik lah daripada hana yang just carik aku bila nak pinjam duit. Baik lah daripada Faizal yang kawan dengan aku sebab nak raba bontot aku je. Baik lah daripada Sal yang kata aku ni gila besi.Baik la daripada Min yang kata aku dengki dekat Fifi sebab dia cun dari aku. Baik lah daripada Pah yang fikir aku desprete nak pakwe. Baik lah daripada Ayu yang kata aku ni kurang hajar sebab selalu saja mencarut. Baik la.erm.sikit.kot.

Hm.

Seorang kawan baik yang betul2 aku boleh anggap baik is someone yang totaly boleh terima aku.Good or Bad thing. Anything.Everything. Every single things!mmg as usuall macam tu kan.Tapi tak kisah la macam mana cara penerimaan pun. Asalkan JANGAN nak bising2 kat belakang. Kutuk aku macam kau tu perfect sangat dan buat muka cam babi kena selsema bila lepak dengan aku. Itu semua serius buat aku rasa macam aku dah 'ter'kawan dengan tahi yang busuk dan sangat2 mengotorkan diri aku.

seorang kawan yang betul2 kawan, adalah yang boleh terima.

aku yang gemuk tapi suka gila pakai cun2.
aku yang berlagak nak makan tempat2 classy tapi suruh kau blanja.
aku yang tiada lesen kreta ni akan selalu suruh kau pick-up aku.
aku yang always ade masalah family. dan akan menagis tiba2 bila tengok kau ketawa.
aku yang sentiasa sayang kucing,kalau kau dengan kucing aku mati sama2. aku janji..aku kebumi kucing aku dulu.
aku yang mmg sentiasa ada konflik peribadi. konflik identiti.
aku yang sentiasa akan bermuram durjana bila kelahi sama Mr Arsenal.
aku yang akan moddy bila trafic jem. panas dan sesak.
aku yang mudah gila touching bila korang tak ikut apa yang aku kata.
aku yang akan maki hamun bila marah. sangat marah.sangat2.

sekarang, carta teratas yang selalu kena maki adalah kawan baik aku. kau lah.
mungkin yang selalu kena maki tu lah yang akan bersama aku sampai mati. kau lah.
always best fren sampai kiamat. kau lah.
sampai bila2. kau lah.
kan?

pasal awek kau, tak pe. aku sanggup bermadu.
kahkahkah.wtf!

Lesson.

Tuesday
12.29 PM

Duit memang takkan boleh beli takdir yang baik-baik sahaja.

Evrything's going like shit.

Sekarang aku macam dah lari dari tujuan hidup aku. Bukan lari, macam dah hilang arah. tiada pegangan.Aku tak tahu apa yang aku cari, tak pasti apa yang jadi punca dan aku tak tahu dimana patut aku mula.Aku memang sentiasa penuh dengan tak tahu dan tak pasti. Yang selalu aku cakapkan.Apa yang aku plan dari awal semua dah macam going wrongs.


sebab banyak sangat menda2 yang jadi sekarang buat aku terhuyu-hayang.
terumbang-ambing.
tiada pegangan.


Aku banyak sangat harapan. Banyak sangat impian.Banyak sangat.Yang paling pasti.Yang paling dan sentiasa aku harapkan adalah kebahagiaan.Aku ini bukan jenis manusia yang sembahyang-lima-waktu. Bukan jenis purdah-tutup-mulut. Aku ni bukan yang baik sangat tetapi baik-lah-jugak.


Aku penat senyum tapi hati sakit. senyap tapi hati menjerit. sepi tapi kepala otak serabut. malas nk peduli tapi kepala berfikir. hati kecewa tapi taknak ambil tahu.


penat tahu tak?
lagi penat bila tak siapa pun ambil tahu.Tiada siapa pun nak peduli.Sekarang yang patut aku buat adalah cari permulaan, mula dari awal sebab sekarang aku sudah di tahap pengakhiran. Sudah berada pada klimaks sesuatu kehidupan. Sudah di tahap yang memang patut mula.


Seorang isteri, syurga mereka di tangan suaminya.
Syurga anaknda ada pada bondanya.

Jangan buat tahi dengan aku sekarang.
gaji lambat lagi.
siot!!!!!!

Pilihan.

Aku lebih memilih untuk menutup mata terus daripada memandang kehadapan.
lebih memilih untuk berada dalam kegelapan daripada sinaran cerah matahari yang terik.
memilih untuk menjerit daripada menangis.
ketawa daripada tersenyum.
berharap tanpa mengharap.
aku juga lebih memilih untuk kecewa dari cinta pura-pura.

aku tahu, cinta pura-pura itu lebih menyakitkan.

Mr Arsenal sering katakan yang dia seringkali butuhkan jawapan dari mulut aku.
ikhlas.jujur.

Q : sayang atau tidak?
aku diam.bisu kelu tanpa kata.
bukan tak punya jawapan.
bukan mahu menipu.
bukan mahu biarkan dia dalam tanda tanya.

Cuma aku tak mampu untuk bagi dia harapan yang terlalu tinggi.dalam erti kata lain, harapan palsu.dalam diri kita, setiap perkara yang berlaku punya alasan yang tersendiri.Naluri kita yang mendorong.Separuh jiwa kita ada perasaan takut dan gerun, tapi separuh lagi punya perasaan ingin tahu yang membuak2.Hidup ini lebih bahagia dengan perasaan cinta.dengan pasangan sejiwa. Seumur hidup bersama.

mungkin,
tapi ada juga yang berbunyi,
Lahirnya kita seorang diri, mati juga seorang diri,
sendirian......


Dear Mr Arsenal : No matter what,i just cant stop loving you.

Ques : bile nk showoff ni sayang?
jawab2.....aaaa....

H1n1

Budak tingkat 2 dah menagis2, anakndanya umur 5 tahun positif H1n1
aku cuma mampu tengok.
air mata dia cuma mampu aku tenung,
nak diseka, tapi takut.

Semalam ben-10 balik pakai mask.
lari2...dari jauh aku lihat kakinya lari anak.perlahan.
mata dia tenung mata aku.
penat agaknya.cepat2 aku rasa dahinya.
aku sangatttt sangat risau akan dia.
dia yang seorang itu.
Alhamdulillah, baik-baik saja.
aku paksa dia pakai mask.
nasihat dia jauh dengan orang yang kotor.
jangan kawan sama manusia sakit.
jangan itu dan jangan ini.

Budak tingkat 4 semua dah pakai mask,
sebab ade suspect H1n1.
dia dikurantin tapi semua jadi mask rider ini hari.
taku benar mereka akan teguran alam.
sama macam aku.
hehehe...

selak surat khabar.
budak 6 tahun arwah, penangan h1n1.
kesian.
sumpah..kesian sangat.

aku paranoid sekarang.
sebab aku takut.

sesiapa yang sakit, jangan hampiri aku.
sesiapa suspek h1n1 jangan dekati aku,
sesiapa yang rasa dirinya mangsa virus itu, tolong pergi.

sebab aku takut. aku punya keluarga yang perlu aku cinta. aku punya adik yang perlu aku bualkan. aku punya kucing untuk aku sayangkan, aku punya kawan untuk aku hargakan.aku punya kerja untuk aku buatkan. dan kehidupan yang aku tak patut sia-siakan,

kepada semua, ini semua teguran alam ye.
tuhan mahu menguji.
andai kata ini petanda akhirnya zaman,
aku red-ha.
Amin.

Assalamualaikum.

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS