esok, sikit lagi.

aku tak pasti dimana aku patut mula. banyak rasa gerun yang menyelubungi aku kali ini. bulan ini. hujung tahun ni, terlalu banyak nak cerita dan kongs, tapi bila memikirkan blog bukan salah satu item penulisan luahan hati yang terbaik, aku kuburkan dan mati disitu sahaja.sepi.

sedih, betrayed, hampa, luluh, menagis.air mata dan penat.
semua aku rasa dalam bulan ini.

penat sangat, terlalu penat sampai aku harapkan boleh rehat sampai mati.
rehat yang tiada penghujung, tak perlu fikir apa. tak perlu ckap apa.

putus asa dan takut untuk mencuba lagi dapat aku rasakan sekarang.
aku bukan seorang yang tidak punya perasaan,
aku juga bukan seorang puitis yang kononya bercakap dalam kelemahan.
konon tak punya prejudis dan sinifikasi.
phuii.tu semua sampah.

esok hari terakhir.
aku akan give up kalau gaga lagi. dan aku akan biarkan dia flow over macam tiada apa yang akan berlaku.
seperti tiada apa yang akan terjadi selepas ini..lepas2 ni.
aku dah tak larat. nak teruskan.sebab dalam dunia ini, selain keluarga, kereta dan diri aku, benda yang aku paling sayang adalah duit.

akut. risau. buntu.
dua ratus sekali repeat.
ni dah masuk 3 kali.
gila babi ke apa?

takut wei.
esok.
series takut.
hm...

cerita hari ini.

kalau lah tiba-tiba dapat message dari tuhan.tanya apa yang aku mahu.mungkin seperti kisah dongeng dulu.

3 wishes.

pertama mungkin aku mahu wang.segudang, dua gudang, tiga atau empat mungkin.
biar cita-cita abah aku dapat langsaikan.
harapan bonda aku dapat nyatakan.impian keluarga aku semua aku capaikan.

dan tak pernah aku lupa.senyuman gaza aku kembalikan.
semuanya.tak satu aku cicirkan.tak ada satu aku tinggalkan.takkan terlupa.
kalau lah.

permintaan ke2.
aku mahu sihat dalam segala hal.
aku mahu keluarga aku sihat dalam semua hal.
aku mahu semua sihat dalam segala-galanya.
tanpa Aids,HIV, Denggi,Dadah,H1n1, virus itu dan virus ini.sumpah.
Bersih semuanya.aku serius.serius habis.

permintaan ke3,
aku mahu tuhan rasa perit yang sama aku rasa selepas dilimpahkan duka, disiramkan suram, dibahkan kesulitan.
hm.
rasa yang sama.serupa.aku mahu lihat, sabar dia, sama seperti sabar aku tidak.





aku tak mahu deal sama sampah.
membusukkan jiwa aku saja.

red-ha

sekarang aku sedang belajar untuk redha dalam segala hal.segala.semua.

redha kucing kena langgar.
redha tak dapat breakfast sebab dah lambat.
redha kena kutuk dengan budak ofis sebab old-skul.
redha kena tengking.redha sedang period-pain.
redha sebab berat dah naik 3 point lima kilo.
redha sebab baju yang tailor jahit semua tak boleh pakai.
redha sebab tak boleh nak salahkan sesiapa.
redha sebab kena marah dengan bos sebab tido.
redha sebab sedang tahan lapar.
redha sebab kawan2 semua macam dah nak pergi jauh.
redha sedang tebal muka sebab harini bad-hair-day.

redha saja.

erm.apa makna redha sebenarnya?

meow2 ;(

Oh, Hello.awak hutang sama saya.dah berapa banyak kucing awak ambil.eh, tak.awak tak mintak izin.awak rampas.
sekarang awak nak ambil satu lagi.
eh, tak.awak nak rampas satu lagi.tolong lah.dia sgt deserve untuk hidup.
sy yakin sangat pasal tu.sebab kalau dia tak deserve apa-apa.dia dah mati pun.
tak payah nak jumpa doktor vet yang gemuk hitam tu.
saya taknak awak ambil dia.saya tak nak awak rampas dia.

taknak.tolong lah.tak mahu.tak suka.

helo..helo.awak ade ke tidak tu?dengar tak ni?hello.
hm.
kredit saya habis atau batery fon awak weak ni.
sy takkan let-go.sumpah, tak.

hello.tuhan?!
saya tak percaya battery awak weak!!!
hello..............
hello...................
hello.............................

frankly

setiap kali aku fikir cara pemikiran orang, setiap kali itulah aku lost.sebab cara pemikiran orang tak pernah sama dengan cara aku. mungkin mereka lil bit slow. atau aku yang sepatutnya perlu lebih laju?

kadang-kadang, aku baru perasan.sebanarnya untuk solve satu persoalan, yang kita perlukan..cuma masa.

oh,

dan seditkit hati yang kental.sangat-sangat kental.

kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat
kenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuatkenakuat

awak, hati saya sakit.sangat2 dah ni ;(

Aku tak pasti dimana aku sekarang. koordinasi yang benar atau jauh dari koordinat2 jalan kebenaran. jauh menyimpang dari titik2 buta sebenar kehidupan.aku masih belum tahu kerana aku sendiri tak pasti dimana aku sekarang. harap di tempat yang betul. berdiri di atas garisan yang benar dan memilih simpang yang tidak menyesatkan.

aku mahu jadi sesempurna yang mungkin.tiada celanya.
aku mahu jadi yang sentiasa benar, tak pernah ada salahnya.

heloo?

All i want is my life back, am im asking too much?

i have....

I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angelsWhen I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream

now, i dun have any dream.
none.

i need only one wish.
just one.
pehlisssssssssss;(

selamat pagi awak.

Buat masa terdekat ini, aku terpaksa deal dengan beberapa kehilangan dan beberapa kejutan.Banyak sangat.

sedih, perit, terluka, betrayed, harapan palsu, janji kosong, tanggung-jawab, pethic, tak memahami, penipu, semua aku olah dan aku rungkai satu persatu jadikan satu dendam yang tak pernah aku rasa cukup.hari-hari bertambah dan tak akan pernah luak.

aku sekarang dah jadi macam dulu.terjebak dalam hidup yang tak pernah rasa puas.aku pulang balik pada jalan yang menyesatkan.macam dulu.dulu.sebab muka dulu datang semula dan tarik aku hidup macam dulu.aku leka dan sekarang, aku sudah terlalu asyik.macam dadah weh.series stim.

muka-muka sekarang banyak yang nak aku ludah. tapi, muka-muka itulah yang sentiasa beri aku harapan. walaupun palsu. tapi...sekuarang-kurangnya ada.aku nak sekali tanya pada mereka..aku ini siapa dan apa dalam hidup mereka..sebab kadang-kadang bukan semua jawpan yang ada itu tepat dan bukan selalu setiap soalan yang ada dalam hidup aku ini ada jawapan pada aku sendiri.
sebenarnya satu penceraian ibu-bapa ini lebih rumit untuk kita face satu persatu. betul.sebab aku rasa, aku terpaksa memilih untuk membenci salah satu daripadanya.sedih weh. gila sedih.aku lebih rela lihat mereka berpisah mati.sekuarang-kurangnya dah mati. tiada perasaan dan aku tak pernah ada perasaan prejudis terhadap diri sendiri.zalim nak mati!

kejutan yang paling hebat sekarang, adalah tentang satu senyuman. senyuman yang aku rindu dan aku perlukan. sumpah. Aku nakkkkk sangat!
senyuman yang dulu ada di bibir abah dan sekarang yang hias setiap inci keluarga aku adalah air mata.
serius tu semua fucking shit.

aku sumpah, aku takkan pernah kata Tuhan tu adil kalau adik aku tak masuk neraka. sebab dia dah banyak kali buat abah menagis dan dia sengaja.
sumpah dude.
aku tunggu semua ni.
aku tunggu.

hai.em.

Banyak benda nak kena fight. banyak benda yang dipertaruhkan.banyak benda yang akan menyesal dan akan regret sampai mati.banyak benda nak fikir.banyak benda nak kena teliti.step by step kena perlahan tapi pasti.keputusan kena adil tapi terpaksa berkorban sedikit.berkorban sedikit tapi sakit hati banyak.makan hati sampai habis.semua nak kena ambil kira sebab ramai sangat yang peduli.ramai sangat yang terlalu prihatin.konon bertanggung-jawab.

busybody betul.

kadang-kadang kesian.dengan nasib sendiri,dengan diri sendiri.dengan yang sekeliling.
woi! give me a break!!!!!!

thislifeisreallyfuckingmeup.

ada orang cakap aku mix cina.
suka buat aku terasa comel.

thanks Puan Min.
you make my day.

some people seem to have chosen to make a decision about how i am supposed to be.

Dalam dua tiga hari ini, aku banyak kali tersempak dengan muka-muka yang menjatuhkan aku satu ketika dulu.rasa macam kelakar.sampai aku jadi tunduk malu nak gelak-gelak.

aku takut mahu gelak sambil medongak tinggi dan berpuas hati, sebab aku takut manis yang aku punya sekarang, hilang.atas sebab sikap tinggi diri aku.

tadi nampak ex-boy yang dulu main kayu tiga tengah susun kasut je dekat carrefour.
nampak ex-boy yang dulu tinggal aku, tengah susun pampers dekat kedai Anakk-ku.
ada sorang lagi yang aku dendam gila..dan seringkali tertanya-tanya. bila dia nak jatuh.

sekarang, rasa dunia dah macam nak akhir zaman.
rasa macam nak jatuh.
atok sakit.
nenek dah uzur.
abah sakit.(mintak-mintak baik saja)

oh, dan ya.
ada satu lagi perkara yang patut kamu dan kamu tahu.
sapa yang miskin, series aku cakap.kau takkan punya mak. macam aku.
ada duit.adalah mak.
kau miskin, jangan fikir nak panggil dia ibu.semua orang boleh beli dengan duit.semua orang.its all about money talk.

rasa macam nak menagis.
sebab aku ni bukan kuat sangat.
rasa macam sedih gila.
tapi aku terpaksa buat-buat kuat.

ada kenalan, cakap.
setiap apa yang terjadi, kita punya tuhan.
aku percaya adanya-Dia.
aku tahu, dia wujud.
kalau tidak, aku takkan susah2 hari2 mahu sujud Dia.

tapi, bagi aku.
daripada cerita pada sesuatu yang aku tak pasti akan membantu aku.lebih baik cerita dekat sini saja.

erm.
tak jadilah pergi picnic rabu ni.
cancel cuti.
emo gila sekarang.

im done.

aku makan satu persatu pahit yang kau lemparkan.

dan satu hari nanti.aku akan ludah tepat atas muka kau.satu persatu pahit yang dah kau bagi. aku takdak masalah untuk menggunakan sifat dendam aku. im good on it. cuma aku tak reti bagaimana mahu menggunakan sifat tu ke arah yang lebih molek.dalam erti kata lain, ke arah kebaikan.

orang kata, dendam tu tiada yang moleknya.
tidak ada yang bagusnya.
tak pernah ada yang baiknya.

tapi tu lah.dalam bodoh-bodoh masih lagi mahu bersuara.
aku tak mahu ulas banyak-banyak pasal bodoh.cetek ilmu.pandangan.komen.buah fikiran.ilmu

buang masa.
tolong lah.
period pain buat aku makin rasa nak bertumbuk dan berdendam dengan perut ni.

3 : 04 PM

Bila aku mula fikirkan pasal komitmen, cita-cita dan masa depan.semuanya menakutkan aku.sebab sampai sekarang, aku masih lagi belum nampak apa-apa kelibat. bau kejayaan ataupun benda-benda yang berkaitan.tak nampak apa-apa yang aku harapkan lagi.

benda-benda tu selalu buat aku tak tidur malam. daripada umur dari satu nombor, jadi dua nombor dan kemudiannya berubah pada angka yang makin banyak. benda-benda macam ni buat aku jadi sakai.

aku selalu fikir sesuatu yang mustahil, yang terlalu indah dan sangat mengasyikkan. orang kata tu angan-angan mat jenin. ah.tak kisahlah. janji tidur aku lelap.bibir senyum juga, walaupun sekali.

semalam, selepas aku post something yang berkaitan dengan fakta 'Friends Forever', ramai pulak yang tiba-tiba rajin nak buat super savers. call aku tengah2 malam.cakap rindu, mengaku sayang dan janji kawan sampai mati.

kau buat super savers??
eh, tak lah.apa baranggggggggg.
ok,

Aku tak kisah. apa yang aku cakap semua itu datang daripada hati. aku cakap bila aku rasa betul dan aku bersuara bila aku rasa nak bercakap.aku tak tagih simpati dan aku tak pernah butuh sebarang perhatian. aku dah cukup apa yang aku ada.cuma terkurang sedikit tapi bukan jadi satu masalah.hidup aku sekarang terlalu rumit untuk aku rungkaikan satu persatu. jadi kamu jangan datang dekat aku, dan kata ada masalah duniawi.

aku takkan pernah peduli.

aku sms intan, setiap kali berbual,setiap kali aku sms.aku akan kata aku sayang dia. mungkin aku memang betul-betul sayang.

memang sayang lah kot?
walaupun dia selalu panggil aku pola bear.
haih.
sepet betul.

sorang lagi. bantuan pernafasan aku. penyambung nyawa dan pemutus duka.
erm.
bila nak lunch sama ni.

when your best friend is now ur best enemy.

Dah lama gila tak cerita dekat sini.betul.dah lama.aku tak tipu.sebab aku pun tahu.sepurnama sudah. tengok entri las. masih ucap selamat hari raya.padahal harini, syawal dah lama habis.

tak kisah la, tak ada siapa peduli. dan aku pun tak pernah nak kisah sangat.

life sakarang tak berapa nak stabil. banyak hati yang terluka sebab aku. banyak jiwa yang terasa dengan sikap aku dan banyak yang bersedih dengan ada nya aku dalam kehidupan mereka. banyak yang regret wujudnya aku dimuka bumi ini.

hm.nak kata pa lagi.dah memang betul.
now, kena betul2 belajar cara nak menerima takdir.walaupun susah.

aku tahu, kata-kata aku banyak yang rasa peritnya.
aku tahu, hati aku sering memberontak.tak kira masa dan ketika.dengan siapa atau dimana.
aku tahu, banyak jiwa yang tertekan dengan sikap aku.

im just being me.
and you know what,
ai fak gilew2 owang y owes prentending. (cakap stail budak2 sekarang)
sebab bagi aku, mereka tu tak tetap pendirian, hipokrit dan tak punya perasaan.

sekarang tak nak lah banyak cakap pasal hidup-hidupan-penghidup.sebab mati tu pasti.

Bila aku mula bercakap pasal kawan, pasal sahabat, pasal teman sekepala dan sahabat sejati, banyak benda senstiviti yang kena jaga, banyak hati yang perlu aku jaga. banyak wordings yang perlu hati-hati.and aku jugak tak pernah terfikir pun nak list kan senarai kawan-kawan baik aku.

sebab, aku tau.ada yang akan terasa.

macam aku cuba listkan sekarang,



.



hish, sumpah tak berani.
tapi memang betul.aku sepatutnya tahu dari dulu-dulu-dulu lagi.

'Friends Forever' tu semua junk. plastik dan cuma janji kosong.janji yang dibuat pada kata-kata. pakai air liur free. janji yang dipahat pada meja kayu masa sekolah dulu.yang sekarangnya, meja tu dah tak pakai dah.orang pakai meja plastik dah pun. janji yang ditulis pada baju sekolah putih masa hari terakhir bersama.masa last paper SPM.balik2 kena maki, sebab adik masih ada yang bersekolah. nak kitar semula.kononnya ;)

semua omong kosong.
haih.

rindu.duduk sama-sama dan cakap pasal lelaki picisan.
cakap pasal hati.
cakap pasal perasaan.
mengadu pasal keluarga.
cerita pasal adik yang anoying.
kata budak tu dan budak ini.
gelak sampai guling2.

tapi.sekarang macam dah lain.
macam yang selalu aku cakap.

dewasa sentiasa jadi satu penyakit.

awak, sekarang hubungan kita dah punya barah.
hati saya sakit. hati awak saya dah tak peduli.
mana janji 'Friends Forever' kita?

okey.
im done.
take care, kawan.

D . A . M . N

Raya ke-4 aku dah melanguk dekat ofis.perut lapar toksah cakap.sebelum pergi kerja, yang ada ketupat-lemang-ketupat-lemang dan masih lagi ketupat-lemang.
Boring.
biar perut kosong tak pa.
janji perut puas hati.

pergi kerja, senyum-senyum.gelak-gelak.cakap-cakap dan diam.
call Cik I, ajak pergi mc-donalds.Encik F dan Encik W join sekali.
aku pun tak perasan, sejak bila aku mula dah tak boikot Mc-Donalds.
ntah?
blur.

pukul 2 balik.
terus solat.
sebab encik F dah jeling maut.
rasa macam malaikat maut je yang pandang.muehehehe.

Rindu dekat atok.
raya pertama.
cium pipi kiri ayahnda, senyum2 saja.
cium pipi kanan bonda, gelak2 saja.

tapi.

pulang ke kampung.
salam sama Atok.
boleh mengalir deras air mata.
dada jadi sebak seberat2nya.
tangan kaku, lidah pun kelu.

atok gengam erat jari aku.
tidak mahu lepas.
bisik kalimah perlahan di telinga aku.

'kakak lama tak balik kan?'
okey.this thing is realy2 fucking me up.

Maaf, aku masih belum bersedia untuk kehilangan sesiapa buat masa ini.
satu perkara yang aku baru belajar dalam dunia ini,
dalam masa semakin membesar dan dewasa ini.
dalam masa sedang mencari2 identiti diri yang samar-samar

"Jangan sesekali beserah pada takdir semata-mata. Takdir bukan penentu segala-galanya. Kita sentiasa punya pilihan."

Raya ke-Tiga.
Terima Kasih yang sudi datang open house rumah aku.
yang aku jemput, sejujurnya.aku sayang kamu.
yang aku tak jemput..sory.ur not my taste.
yang aku jemput, tapi tak datang. korang ni memang hantu raya betul lah.

Raya ke-empat.
'aku ingat ramadhan akan beri kau perubahan, tak rupanya.'

masih ramai rupanya manusia cerdik pandai yang baru nk kenal dunia.
ada juga rupanya manusia yang sedang bertatih mahu tahu hal duniawi berani mengajar aku apa itu perubahan.
masih ada lagi yang sayang.
hm.
masih ada lagi yang peduli.

perubahan tak semestinya perlu di bulan ramadhan.
nak kata awak bodoh tadi, tapi Mc-D depan sy sungguh menyelerakan,.
terkedu mak dibuatnya.


Selamat Hari Raya.

Right Na Na Na...

Fantasi seks aku yang paling hebat pernah aku bayangkan adalah bersama Akon.
ye, lelaki berkulit gelap. (comel)
sambil berasmara, dia nyanyikan lagi be with you.tak pun what you got.
peh.comel.
memang romantik.
warna kulit bukan 1 penghalang untuk aku berangan.

fantasi kedua yang paling hebat pernah tercapai dek akal aku adalah bersama Chris Brown.
bow-wow-wow.
kikiki.

antara seorang lelaki berkulit hitam (aku lebih prefer begitu dr sebut negro) dan seorang lelaki ingeris, aku lebih prefer ala2 berkulit gelap macam Akon daripada lelaki bangsa putih seperti Bush atau Tony Blair.semua sampah. Haritu aku pergi Mybank, nmpak seorang klon Akon. Simple. Tapi bawa BMW 5 series. Parking macam jalan tu nenek dia yang punya. tapi dari riak wajah, nampak betul seperti serba salah-mahu-cepat-tapi-tiada-parking.Memandangkan aku ni jenis hentam kromo je, aku pun rasa. bukan lah 1 kesalahan yang besar sangat pun kalau parking dekat situ. dah malam pun. MPK takkan datang cari duit raya punya.

so. aku pun decide untuk membantu.
serius.
dia macam AKon.

'Are you speak english?
'yes..
'any problem?
'no, i just bla bla bla bla...
'its okey.blablabla...

okey, dia blah macam tu je.masih lagi comel.
aku cakap dekat abah. kalau kat negara dia ni. kena hurung lalat je sorang2.datang malaysia. bapak segala mewah kereta. dekat sana pakai baju pun tidak. datang sini, sati set adidas.

mungkin chenselor, lawyer , bisnesmen.

tapi..tapi,dia bukan orang sini.apa yang dia ada.?abah marah aku. dia cakap tak baik pandang dia dari siapa dia dulu. siapa keturunan dia dan apa warna kulit.

Jadi aku belajar sedikit demi sedikit. aku perlu pandang seseorang bukan dari siapa keturunan dia, dari mana asal usulnya, warna kulit atau cara pertuturan. Basic semua sama. Siapa kau untuk kata orng kulit hitam tu busuk? Siapa kau untuk kata orang kulit putih itu sampah? siapa kau untuk kata orang kampung tu bodoh dan kau bukan sesiapa untuk kata diri kau tu hebat.

kita semua makhluk yang sama. sama level dia mata allah. mati nanti, jumpa tuhan jugak.

sekarang aku dah taknak fikir apa2 pasal hati.semua junk.

okey la. dah nak raya. raya tahun ni cm apa je.
terpaksa pakai baju 3 tahun lepas.
baju kurung tailor jahit macam siak.
e.wtf!

erm.sy sedang jeles.
ye. sekarang.
i mean. NOw.

Akon - Be With You.

Hariini semua masih puasa.
aku dah raya.
Yeay-
anak beranak pergi makan mee kari dekat kedai cina dekat situ.
haha.
sumpah, kelakar.

Hariini baru terasa dah nak raya, sebab makcik bilik dah sibuk tukar duit raya.
seratus, duaratus. ratus2.
aku sibuk cari pemplet duit raya.
sungguh sopan mintak kat makcik situ & makcik sini.

bodo.
sakit weh.
aku sakit tekak weh.
ulser.
sebab tu aku tak puasa.
weiiii......

rindu Mr Arsenal.
tapi dia dah mati.
hm...

Bosan.

Serius bosan.
Blogging ni macam dah jadi beban pada aku.
sebab ianya satu tanggung jawab.

dari dlu aku benci betul dengan tanggung jawab.
tak suka lansung!
macam mak suruh aku jaga adik masa dia masih bayi.sedangkan aku masa tu sedang menggila dengan musim remaja aku.
tanggung-jawab itu terabai lagi.

macam abah suruh aku belajar betul2 dan masuk universiti.Itu dah jadi tanggung jawab aku setiap hari.
peh.
tanggung jawab itu terabai lagi.dan lagi.

macam kawan2 kau minta dia jaga hati dan jaga diri dia.Tu tanggung jawab dude.
tak boleh buat main2 weh.
serius.
tapi tanggung jawab yang tu seringkali aku abaikan.
gile pethic.

macam kita. aku dan kau yang bernafas dalam muka bumi ni.
semua ada tanggung jawab.
takbir. sujud. rukuk. dan takbir. sujud. rukuk lagi lagi dan lagi.
peh.
terabai lagi.
kesian betul.kesian banyak dol.

macam apa yang aku hadap hari-hari.
ni semua tanggung jawab.
tak buat, kau mati.
hahaha.
gila betol.

aku rasa aku dah start bosan dengan tanggung-jawab yang dah www.blogger.com berikan pada aku ni.
serius bosan.bosan gila.
erm....

sekarang aku betul-betul sunyi.

Tadi aku kelahi lagi sama Mr Arsenal.
Aku dah tak peduli tentang hormat sebab tak pernah ada cikgu ajar aku untuk hormat orang yang tak hormatkan kita.Mak tak pernah ajar aku untuk sayangkan orang yang tak sayangkan kita. Abah tak pernah ajar aku untuk sayang orang asing lebih daripada sayang pada keluarga sendiri.Adab dan sopan aku hilang buat seketika. Tiada siapa pun pernah suruh aku untuk sopan sama orang yang tak faham apa itu konsep kesopanan yang sebenar.

so, here i come.
*give me a big big big hug*

semalam faizal ajak aku keluar lagi.dia sweet sangat tahap otromen.serius.sweet sangat.

tak habis2 ulang ayat yang sama.
'everything's gonna be okey'
'be strong'

hei.
aku sekarang rindukan kawan2 aku.sebab aku sunyi.mana kamu semua hah?Benci gila rasa rindu macam ni.erm, korang tahu, walau korang ada didepan, belakang kiri dan kanan aku, aku tetap rasa cuma aku seorang saja yang hidup. Tolong matikan aku andaikata kematian boleh satukan kita semula.Tapi tolong okey, pada kawan yang selalu buat tahi dengan aku, aku tak rindu lansung kat korang!

wek!

Tiada tajuk.

Memang sekarang, kehidupan aku sekarang tak punya tajuk. Lagi bagus, sebab sekarang tak menentu. Tajuk yang lebih elok sekarang, Huru-Hara. kesian kan.tapi aku tak harapkan simpati sesiapa. taknak kasihan sesiapa. Tak perlu sesiapa. cuma sy nk pinjam bahu, nak menagis kuat2. jerit sampai hilang suara. dan tersedu-sedu lama sampai hingus pun jadi kering.

Hariini masuk 3 hari, Mr Arsenal biarkan aku keseorangan, rindu nak mati.

Rindu sampai nangis.
Rindu sampai benci.
Rindu sampai rasa dendam.
Rindu sampai janji akan benci dia sampai mati.

Ramadhan kali ini ntah apa-apa. 1st ramadhn aku azab gile. Period-Pain. jiwa pun dah x berapa nak betul. Dengar my dedi n my mami arguing bout same thing, everyday, every minutes. aku jadi bosan dan hyper-tension gile.

sumpah. serabut.

mandi-makeUp-melaram-drive-KAMDAR-habiskan RM200 tanpa rasa bersalah-Peh-syurga.

tapi balik aku menagis juga. macam cibai okey. Air mata aku terlalu banyak dihabiskan untuk sampah2 busuk tu.

ada banyak sangat sampah.
ada sampah yang busuk.
sampah yang boleh makan.
sampah yang boleh simpan.
sampah yang kena hapuksan.
sampah yang boleh kitar semula.
sampah yang boleh guna pakai.

Mr Arsenal tergolong dalam sampah yang terlalu mengasyikkan.
gile.

Inbox 23 August 2009
-If u Love him, u find him.

Sent Items 23 August 2009
-get a hell okey!!!!

:((

Faizal, thanks. comel la awak call saya pukul 10, ajak keluar pukul 11 tapi pukul 12 baru nampak batang hidung sebab saya tertidur dengan perfume penuh 1 badan and dah siap pun setting rambut.

tapi saya kata saya leka tengok tv.hahaha...

pakai sweater biru sama sepatu nipis, awak kata sy dah lain. tak macam dulu. awak ni gila la.Terima kasih la, sebab awak je yang selalu ada bila saya ada masalah jiwa.awak je yang sentiasa buat saya ketawa selepas menangis.awak je yang rajin layan merajuk sy.awak je yang sentiasa jadi bantal bila saya rasa macam nak jatuh. awak je yang ada depan sy bila sy tersungkur dalam hubungan 2 jiwa.awk je yang tak kedekut bahu bila muka sy buruk gila tahan air mata.awk je yg tak kisah habiskan setangki minyak kereta dan hbiskan masa tidur awk melayan cerita sedih sy.

ergh!

balik rumah.tido dan harap all this fucking thing will gone after i opened my eye tmorow morning.

mami, i love u. i just hate who ur pretending to be.
dedi, i always love u. always will still does.
Mr Arsenal, i hate u for doing nothing.

penyeksaan jiwe betul.
mungkin aku dah patut sedia untuk kecewa lagi.

bodoh gile ok.
sepatutnya blog bukan lah salah satu item yang boleh diguna-pakai untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan.
sebab lepas ni, bila semua dah okey, kau baca balik. kau akan jadi malu dan gelak sendiri.tak sangka, ketidakwarasan akal boleh menghasilkan entri suck macam ni sekali.
haha.konon nak emo. wtf!

hai faisal.
hmm...
awak panggil saya baby.
macam babi je rase.

bye.

Dewa cinta has left a new comment.

Bila aku baca komen yang dia tinggalkan.
tiba2 aku tergamam.
tak kenal pun. tak pasti siapa. tak tahu dari mana.
tapi komen dia buat aku terkedu.

Mr A tak pernah khabarkan begitu pada aku.
tak lansung pernah bisikkan khalimah itu di telingaku
tak pernah lansung. aku pasti.
tak mungkin. mungkin?

Orang asing yang tinggalkan komen itu buat aku tersedar. walau dekat mana dia dalam hati aku. tidak semestinya aku dekat dihatinya. walau rindu tinggi mana pun aku padanya, tak mungkin rindunya padaku setinggi itu. walau perlunya dia dalam hidup aku, tapi.perlukah diriku dalam hidupnya.

tanda soal.

Aku tak pasti dimana aku sekarang. koordinasi yang benar atau jauh dari koordinat2 jalan kebenaran. jauh menyimpang dari titik2 buta sebenar kehidupan.aku masih belum tahu kerana aku sendiri tak pasti dimana aku sekarang. harap di tempat yang betul. berdiri di atas garisan yang benar dan memilih simpang yang tidak menyesatkan.

Tapi aku tahu, lorong gelap itu takkan biarkan aku sendirian. takkan biarkan. ada sahaja magnet yang menarik aku untuk menuju kepada kehancuran. ada shaja alat yang digunakan untuk membawa aku kepada kemusnahan. ada saja objek2 pegun yang sentiasa buat haluan hidup aku penuh dengan simpang-simpang gelap. ada sahaja benda2 sial yang boleh buat aku hilang pedoman.

Macam H ajak aku pergi club.have fun and get drunk for a while.
lupakan semua masalah.
macam gampang.
its not realy me.
setakat layang gig indi band yang koya tu mungkin boleh la kot.

Itu bukan soal untuk aku jawabkan. itu bukan cerita yang mahu aku dongengkan. itu bukan tajuk yang nak aku khabarkan.
cuma nak cerita.
Mr Arsenal balik.
itu je.

*rindu awak*
nanti kita cari baju raya sama2 okey.
tak kira. purple!

Ia Lebih Kepada Konflik Peribadi.

Sekarang dah besar.
Besar sangat.Besar sikit. Besar banyak.
Dah tumbuh jerawat.Dah ada tetek. sudah kena pakai tuala wanita. Kemaluan sudah ade bulu. Punggung sudah montok. sudah pandai cari duit nak beli handBag Converse, nak beli kasut Carlorino. Baju Padini. SeluarDalam AVON. Sudah pandai ambil tanggung-jawab.Jaga adik. jaga makan abah. jaga minum keluarga.Sudah pandai pakai baju ketat.sudah pandai pakai mascara. pakai eye-shadow warna terang.sudah pandai makan DR II sebab nk jaga muka. Makan jus mate-5 sebab mahu kurus.sudah pandai kata mak tak betul. kata abah pun lawan. kata kaka tingking2 saja.sudah pandai cari pakwe. bawa pulang kerumah.sudah pandai pasang sugar-dady.sudah pandai buat benda haram. hubungan yang haram.semua haram.sudah pandai kata itu semua hal peribadi. sudah pandai semua.

sebab dah besar.
semua sebab dah besar.

sebab dah dewasa.

Dewasa itu penyakit yang berbahaya.
Lebih bahaya daripada H1N1.
Kerana ia membunuh diri tanpa sebarang amaran atau petanda.

Jaga maruah itu lebih payah dari jaga diri sendiri weh.
Percayalah.
kalau tidak. manakan pula saudara terdekat yang bertutup litup segala sanggup gadaikan maruah demi nafsu sendiri.

Insaflah.
tapi mungkin dah terlambat.
kau dah rosak pun.















.
Maruah takdek spare-part.
tak-kan ada.
END.

Easy For You To Say Bitch!

Aku hadiahkan sepotong ayat ini kepada seorang kawan-baik-yang-selalu-ajak-men-doggy.hehe..Serius, dia baik. At least baik. Ye, baik lah daripada Karim yang asyik kata aku hodoh padahal awek dia badan mengalahkan king-kong.Kurang2 tetek aku tak lah macam awek kau yang serius nampak macam pelik tu. Tak lah macam Man yang fikir aku ni batu api, laga-lagakan dia dan Tasya. baik lah daripada Syawal yang fikir aku ada scandel dengan Amar. baik lah daripada hana yang just carik aku bila nak pinjam duit. Baik lah daripada Faizal yang kawan dengan aku sebab nak raba bontot aku je. Baik lah daripada Sal yang kata aku ni gila besi.Baik la daripada Min yang kata aku dengki dekat Fifi sebab dia cun dari aku. Baik lah daripada Pah yang fikir aku desprete nak pakwe. Baik lah daripada Ayu yang kata aku ni kurang hajar sebab selalu saja mencarut. Baik la.erm.sikit.kot.

Hm.

Seorang kawan baik yang betul2 aku boleh anggap baik is someone yang totaly boleh terima aku.Good or Bad thing. Anything.Everything. Every single things!mmg as usuall macam tu kan.Tapi tak kisah la macam mana cara penerimaan pun. Asalkan JANGAN nak bising2 kat belakang. Kutuk aku macam kau tu perfect sangat dan buat muka cam babi kena selsema bila lepak dengan aku. Itu semua serius buat aku rasa macam aku dah 'ter'kawan dengan tahi yang busuk dan sangat2 mengotorkan diri aku.

seorang kawan yang betul2 kawan, adalah yang boleh terima.

aku yang gemuk tapi suka gila pakai cun2.
aku yang berlagak nak makan tempat2 classy tapi suruh kau blanja.
aku yang tiada lesen kreta ni akan selalu suruh kau pick-up aku.
aku yang always ade masalah family. dan akan menagis tiba2 bila tengok kau ketawa.
aku yang sentiasa sayang kucing,kalau kau dengan kucing aku mati sama2. aku janji..aku kebumi kucing aku dulu.
aku yang mmg sentiasa ada konflik peribadi. konflik identiti.
aku yang sentiasa akan bermuram durjana bila kelahi sama Mr Arsenal.
aku yang akan moddy bila trafic jem. panas dan sesak.
aku yang mudah gila touching bila korang tak ikut apa yang aku kata.
aku yang akan maki hamun bila marah. sangat marah.sangat2.

sekarang, carta teratas yang selalu kena maki adalah kawan baik aku. kau lah.
mungkin yang selalu kena maki tu lah yang akan bersama aku sampai mati. kau lah.
always best fren sampai kiamat. kau lah.
sampai bila2. kau lah.
kan?

pasal awek kau, tak pe. aku sanggup bermadu.
kahkahkah.wtf!

Lesson.

Tuesday
12.29 PM

Duit memang takkan boleh beli takdir yang baik-baik sahaja.

Evrything's going like shit.

Sekarang aku macam dah lari dari tujuan hidup aku. Bukan lari, macam dah hilang arah. tiada pegangan.Aku tak tahu apa yang aku cari, tak pasti apa yang jadi punca dan aku tak tahu dimana patut aku mula.Aku memang sentiasa penuh dengan tak tahu dan tak pasti. Yang selalu aku cakapkan.Apa yang aku plan dari awal semua dah macam going wrongs.


sebab banyak sangat menda2 yang jadi sekarang buat aku terhuyu-hayang.
terumbang-ambing.
tiada pegangan.


Aku banyak sangat harapan. Banyak sangat impian.Banyak sangat.Yang paling pasti.Yang paling dan sentiasa aku harapkan adalah kebahagiaan.Aku ini bukan jenis manusia yang sembahyang-lima-waktu. Bukan jenis purdah-tutup-mulut. Aku ni bukan yang baik sangat tetapi baik-lah-jugak.


Aku penat senyum tapi hati sakit. senyap tapi hati menjerit. sepi tapi kepala otak serabut. malas nk peduli tapi kepala berfikir. hati kecewa tapi taknak ambil tahu.


penat tahu tak?
lagi penat bila tak siapa pun ambil tahu.Tiada siapa pun nak peduli.Sekarang yang patut aku buat adalah cari permulaan, mula dari awal sebab sekarang aku sudah di tahap pengakhiran. Sudah berada pada klimaks sesuatu kehidupan. Sudah di tahap yang memang patut mula.


Seorang isteri, syurga mereka di tangan suaminya.
Syurga anaknda ada pada bondanya.

Jangan buat tahi dengan aku sekarang.
gaji lambat lagi.
siot!!!!!!

Pilihan.

Aku lebih memilih untuk menutup mata terus daripada memandang kehadapan.
lebih memilih untuk berada dalam kegelapan daripada sinaran cerah matahari yang terik.
memilih untuk menjerit daripada menangis.
ketawa daripada tersenyum.
berharap tanpa mengharap.
aku juga lebih memilih untuk kecewa dari cinta pura-pura.

aku tahu, cinta pura-pura itu lebih menyakitkan.

Mr Arsenal sering katakan yang dia seringkali butuhkan jawapan dari mulut aku.
ikhlas.jujur.

Q : sayang atau tidak?
aku diam.bisu kelu tanpa kata.
bukan tak punya jawapan.
bukan mahu menipu.
bukan mahu biarkan dia dalam tanda tanya.

Cuma aku tak mampu untuk bagi dia harapan yang terlalu tinggi.dalam erti kata lain, harapan palsu.dalam diri kita, setiap perkara yang berlaku punya alasan yang tersendiri.Naluri kita yang mendorong.Separuh jiwa kita ada perasaan takut dan gerun, tapi separuh lagi punya perasaan ingin tahu yang membuak2.Hidup ini lebih bahagia dengan perasaan cinta.dengan pasangan sejiwa. Seumur hidup bersama.

mungkin,
tapi ada juga yang berbunyi,
Lahirnya kita seorang diri, mati juga seorang diri,
sendirian......


Dear Mr Arsenal : No matter what,i just cant stop loving you.

Ques : bile nk showoff ni sayang?
jawab2.....aaaa....

H1n1

Budak tingkat 2 dah menagis2, anakndanya umur 5 tahun positif H1n1
aku cuma mampu tengok.
air mata dia cuma mampu aku tenung,
nak diseka, tapi takut.

Semalam ben-10 balik pakai mask.
lari2...dari jauh aku lihat kakinya lari anak.perlahan.
mata dia tenung mata aku.
penat agaknya.cepat2 aku rasa dahinya.
aku sangatttt sangat risau akan dia.
dia yang seorang itu.
Alhamdulillah, baik-baik saja.
aku paksa dia pakai mask.
nasihat dia jauh dengan orang yang kotor.
jangan kawan sama manusia sakit.
jangan itu dan jangan ini.

Budak tingkat 4 semua dah pakai mask,
sebab ade suspect H1n1.
dia dikurantin tapi semua jadi mask rider ini hari.
taku benar mereka akan teguran alam.
sama macam aku.
hehehe...

selak surat khabar.
budak 6 tahun arwah, penangan h1n1.
kesian.
sumpah..kesian sangat.

aku paranoid sekarang.
sebab aku takut.

sesiapa yang sakit, jangan hampiri aku.
sesiapa suspek h1n1 jangan dekati aku,
sesiapa yang rasa dirinya mangsa virus itu, tolong pergi.

sebab aku takut. aku punya keluarga yang perlu aku cinta. aku punya adik yang perlu aku bualkan. aku punya kucing untuk aku sayangkan, aku punya kawan untuk aku hargakan.aku punya kerja untuk aku buatkan. dan kehidupan yang aku tak patut sia-siakan,

kepada semua, ini semua teguran alam ye.
tuhan mahu menguji.
andai kata ini petanda akhirnya zaman,
aku red-ha.
Amin.

Assalamualaikum.

You make me feel so alive.

wondering.

kehidupan sekarang, aku atau kau sama saja. berpandukan kepada 1 peraturan, mengikut pada satu kitab dan tujuan sama. Iaitu ingin selamat tika akhirat nanti.tidak dibalun sungguh2 bila seorang diri dalam gelap nanti.

betul kan?

atau kau sebaliknya?lebih berani untuk mengatakan bukan?tapi aku rasa tak pelik dan mustahil pun untuk kau kata tidak. sebab hati kecil aku juga seringkali bermonolog sendirian.yang kehidupan ni perlu ada jalan cerita yang lain, sedikit berbeza dan adventure sikit. Baru seronok.kan?baru la boleh dikatakan indi dan rock sikit.

tengok lah, aurat perempuan sekarang dah macam trend.
tak campur bergaul bebas sesama sendiri.
Al-Quran terbaring sepi dan sejadah sudah sunyi mati nun dihujung tembok sana.
arak dah jadi hidangan utama.
meratah sama sendiri tu dah kira normal.

baru la berani beb,
baru la KL,
baru la remaja...
yeahhhh......



Mr Arsenal baru lepas membebel pada aku, minta aku berpakaian sopan dan berpurdah bagai.

aku diam saja.
kelu.

kadang2 apa yang dikatakan, satu persatu yang masuk keluar dari corong telinga aku, ada kalanya betul.ada separuh yang benarnya.

sungguh.



Makcik ofis offer tudung ARiani half price.

tapi aku masih mampu bagi senyum sumbing aku saja.
bisu.
mati aku disitu, sepi aku ditengah2 ramai manusia.


Hati gerun juga, tapi dah tak boleh buat apa. jiwa tertekan juga, tapi mahu bikin bagaimana.Tapi walau macam mana pun kau hadapinya, walau apa pun yang berlaku. kita tetap cari yang satu itu. memang kau akan cari. aku pasti sekali.Jangan nafikan, sebab aku pun macam tu juga.

pedoman,pegangan, atau kata nama lain?bunyi runutnya berlainan,tapi makna tetap sama.



kehidupan berlandaskan satu sebab, dan sebab punya satu alasan yang sangat kukuh untuk pertahankannya.setiap kesalahan yang kita buat, setiap dosa yang kita lakukan, setiap bencana yang kita ciptakan, setiap perkara negatif yang dah kita sama2 satukan dalam kehidupan punya alasan juga.



alasan yang kukuh,



kita bukan tuhan.















































kau pun bukan.


To Mr Arsenal : sory ;(

Kuantan - Gombak - Kuantan

awak tahu time bila yang paling buat saya ingat mati?masa waktu tulah, ye...masa tu.dalam hati tuhan je yang tahu. tapi tuhan juga mungkin tahu, andai kata haritu hari saya pergi, tuhan tahu saya sangat sayang awak, sebab tuhan ambil nyawa saya semasa bersama awak.tuhan juga mungkin tahu, andai kata haritu hari terakhir saya bersama awak, saya harap perkataan terakhir yang saya cakap selepas mengucap adalah nama awak.

saya nak halang, sebab saya tak nak mati masa tu. saya cuba pujuk awak, tapi awak tak peduli. saya cuba tenangkan awak, tapi awak jerit2. saya diam, dan cuma mampu tunggu mati.dalam kepala cuma ada muka abah. dalam hati cuma ingat dosa. sempat juga main imaginasi, macam mana kena balun sorang2 dalam kubur.peh... perasaan?toksah cakap lah....memang sampai mati lah saya berjanji takkan jadi drifta kereta.

awak, bila kita nak share budak comel tu ha? (-_-")

- c.h.a.r.l.i.e a.n.g.e.l.s -

melayu sendiri bangga mengaku mundur.

Ini adalah sesi dialog seorang perempuan mundur dengan seorang lelaki kemeja belang2.bersama 2 lagi watak tambahan yang tak menyumbang apa scene pun.

***

kenapa tak ambil tiket terus pegi & balik?
soal budak hensem dan comel dari Melawati.

err, saje..semalam pegi pudu.jem gila.terus balik.
jawab budak kuantan yang poyo dan cun.

nilah melayu, suka melengah2 kan sesuatu yang penting.
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru.

tak apa...tak penting pun pasal tiket tu.tak jadi masalah.lagipun bukan takdek terus.cume lewat.
jawab budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.

sebab tu melayu mundur, semua lambat.
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru yang bagi number fon pakai bisnes kad recycle.

saya sekarang sedang duduk dihadapan seorang lelaki MELAYU.
tegas budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.tapi masih hot stuffed di Dataran Merdeka.

saya tahu saya melayu dan tak malu kata melayu ni mundur.dah memang mundur.kenapa nk nafikan?
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru yang bagi number fon pakai bisnes kad recycle.bawak pula kawan yang tak pernah minum di old town tapi buat2 konfiden.

saya tak mundur pun. awak je. saya melayu tulin. awak mungkin melayu yang terlebih 'asli'.
tegas budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.tapi masih hot stuffed di dataran merdeka.redah uptown dan jalan TAr semata2 nak cari sehelai tudung.wtf.

melayu, selalu berdalih..
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru yang bagi number fon pakai bisnes kad recycle.bawak pula kawan yang tak pernah minum di old town tapi buat2 konfiden.sampai minum kopi 'o' terlupa nak isi gula.ingatkan auto.hehehe....

topik tu sangat junk.sampah.can we talk about other things?
tegas budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.tapi masih hot stuffed di dataran merdeka.redah uptown dan jalan TAr semata2 nak cari sehelai tudung.wtf.tapi akhirnya terjumpa mamat yang sangat comel sampai buat dia terlupa akan Mr Arsenal yang tak berapa nak setia nun jauh dihujung sana.

***



Bila masa dan ketika melyu mahu dimartabatkan sedangkan penganutnya sendiri berbolak balik dan tak yakin pada kemampuan sendiri.

biarlah aku mundur dalam dunia yang aku reka sendiri, dari terlalu maju dalam dunia kau sampaikan nak minum kat old town pun pesan kopi 'o' je.sebab mengangur.

lol!

0817am - 23 july2009
curently : all dis stupid shit junk i just take it for granted.tak peduli dan tak nak ambil tahu. hidup aku saja sudah terlalu rumit, terlalu rumit sampai aku pun dah rasa give up gila.tak apa..kuat nak.
















off record.















i'm back;))

mak jadi mak lagi, aku ade 9 adik baru.*sigh*







longgggggg sigh**




mak dapat cucu 9 ekor, ada hitam, ada putih, (gila, berbilang kaum weh) ada oren, ada hitam campur kuning,ada hitam campur putih. ada mix 3 colour. and until now..im still gessing howcome boleh mix sampai macam tu unik sekali.
hmm......

(kerut dahi)

Sempena aku dapat adik baru, sempena mak dapat 9 ekor anak baru, sempena adik dapat kawan baru. sempena 'adik-adik' yang lain dapat kawan baru, dan sempena abah pening kepala untuk uruskan belanjawan baru, aku dengan ini isytihar hariini adalah hari kucing serumah.

sepeket rm 1.40. darab sama 9 ekor anak baru dah (cari kalkulator jap) dah rm 12.60. sehari makan 3 kali dah rm 12.60 darab 3 darab 9, answer is = omaigodddddddd!!

okey dad, u can do anything to them, just anything but dun throw away. they just cute like me. pretty like me. girly like me. smart like me.and akan habiskan duit abah same like me too.

wink**


hehe, just anything okey. as long as u dun get any headache to feed them along. dun give them to other, because they just too cute for them.

haish, just miss my tommy, miss my lil tommy junior.miss my lil sarah,miss all of yuuuuu....!!just miss them so much!!

2 syaaban 1430

tomorow get through to KL, tungggguuuu...

currently : shopping time.
*sigh again*



byeeeeee!

21 JULAI 2009

30 saat yang lepas : kelahi sama adik yang tak faham bahasa kakaknya tak suka dan sangat2 benci bercampur gaul denagan umat2 ofis. lagi2 ke kantin dan senyum nampak gigi macam orang bangang dan ketandusan kasih sayang untuk buat2 ramah, buat-buat, aku ulang. Buat-Buat.ergh! wtf**



30 minit yang lepas : siap solat, selepas diajak oleh seorang budak praktikal Kolej Islam Pahang. Harap maklum. dan solat bersama budak itu, sungguh asyik, sehingga sudah sampai tahiyat akhir pun tak perasan. benda wajib pun aku boleh buat main2, inikan pula yang haram.



selesai sudah, tnyakan pada makcik se'ofis.macam mana niat solat 'istiqarah..banyak betul soalan2 dalam kehidupan aku yang sentiasa butuhkan jawapan.



30 jam yang lepas : baru sedar, dunia yang aku tinggal sekarang, tak seronok mana, rumah yang aku duduk ini, tak hebat mana, kerja yang aku sedang buat ini tak glemer mana. dan My Mr Arsenal, tak hensem mana.Jadi kepada muka2 bangsat, sila lah tersenyum puas, sebab hidup aku sentiasa berpandukan pada skrip. bukan spontan.



30 hari yang lepas : terbit sudah 2 sinopsis ringkas mengenai seorang adam dan hawa. sedkit, hampir2 dan perlahan. ;))



30 Bulan yang lepas : diam, tunggu dan berharap.

malaikat, sy rindu awak.

Malaikat, sekarang saya betul2 rindukan awak. Harap awak terima utusan saya yang x seberapa ini. Dikarang oleh seorang perempuan yang tak baik mana, dihantar oleh sekeping hati yang tak bersih mana, dengan harapan yang tinggi didada yang tak suci mana, dan jiwa yang masih lagi berbunga2 dan penuh dengan hiruk pikuk segala.



Rindu kali ni tak macam saya rindukan peluk ibu semasa saya kecil, semasa tidur dan hujan lebat. Rindu kali ni tak macam rindu usapan ubun2 dari seorang lelaki bernama Ayanda. Rindu ini tak serupa rindu pada waktu kecil, berkelahi berbalah sama dua kanda yang tinggi2 dan besar2. Tak sama dengan rindukan adik perempuan yang dulunya mesra berjenaka, bercerita tentang picisan yang sangat2 diperlukan. Rindu ini tak seperti sama dengan rindukan Ben-10 yang dulunya kecil saja, comel dan halus, tapi penuh dengan kasih sayang. Rindu kucup dia, dan rindu dikucup dia juga.



Rindu ini tak macam saya rindu sama sejuk wudhu,rindu pada harum sejadah, tak macam rindu pada halusnya kain telekung, tak seperti rindunya saya pada purdah suci, tak seperti rindu pada alunan Al_quran. Rindu sangat pada awak.



kalau saya jumpa awak, saya nk cerita, hati saya ni dah makin sakit. nak minta ubat.minta penenang,kalau jumpa, saya nk cerita semua, pasal ayah, pasal bonda, pasal semua. Kalau jumpa, saya nk cerita pasal kucing2 semua, semua sihat.kalau boleh juga, sy nk minta awak pulangkan balik yang dah awak pinjam. Awak x boleh pinjam sesuatu yang saya sayang selamnya. Tak Boleh tahu?



tapi saya tahu, awak takkan peduli.



Rindu ini juga tak sesakit merindui dia yang semakin goyah ni, tidak juga seperit merindui dia yang semakin kurang ini, Tak sepedih merindui dia yang semakin menghilang ini. Tak sesentap merindui dia yang semakin menipis ini.





'awak tak takut ke?orang rampas saya dari awak??'



saya tanya ni, jawab lah.

it's so good until it goes bad ;))

Mr Arsenal was back.and im still here.
waiting.

aku selalu diajar, supaya untuk meluahkan sesuatu.

jika tak puas hati, aku punya hak untuk bersuara.
jika aku marah, aku boleh menjerit sekuat hati.
jika aku sedih, aku akan menagis.
jika aku gembira, aku bisa tersenyum sambil ketawa.

itu semua eksperesi hati, dirembaskan dengan cara fizikal.

tapi sekarang semua tu dah macam tak berguna lagi, apa yang aku tahu..semua tu tak boleh nk buat, kerana kewarasan akal tak boleh menerima eksperesi berbentuk begitu.ada sesuatau sebab yang menghalang segala penerimaan itu.

tak boleh nk menjerit, nanti derhaka.
tak boleh menagis, sebab akan nampak kesuraman.
tak boleh menjerit, nanti semua kebenaran terpancar.
tak boleh nk ketawa, sebab hati lansung tak gembira.

dunia sekarang nampak sangat dah seakan memberontak. macam dah makin worst. even worst, bila aku sendiri dah tak mahu peduli akan kekejaman dunia terhadap diri aku.ketidakadilan dan ketidakwarasan dunia semakin jelas. dah tak sembunyi2 lagi.

melampau betul.

hari ini, aku terasa mahu ingin dilahirkan semula. kecil comel dan suci.bersih. aku tanda pada calender. 15 Julai 2009, aku mahu dilahirkan dengan iringan corak nafas yang sama seperti dahulu, cuma bezanya, sudah tiada penganiyaan hati..penderaan jiwa dan kezaliman terhadap perasaan.

dalam kehidupan aku, aku lebih didorong untuk menganggap lelaki itu cuma picisan. aku boleh hidup tanpa mereka. tapi sampai sekarang aku tak pasti yang 'mereka' itu terdiri daripada siapa?kerana yang aku tahu sekarang, aku memang tak boleh hidup tanpa Ayahnya, tak mungkin aku boleh mampu bernafas tanpa Adik lelaki aku, Ben-10 dan dua kekanda aku. dan sekarang. wujud seorang lagi...Mr Arsenal.

mungkin aku perlu biarkan persoalan itu tanpa sebarang jawapan.

sudah berapa kali agaknya, rahsia yang bukan rahsia terkeluar satu persatu dari mulut, tuju kepada seseorang. walaupun tak pasti hatinya bagaimana, walaupun kejujurannya masih aku angap samar2, tapi aku dah dalam kategori terpkasa.

ceritakan dan hamburkan saja. aku rasa itu tindakan yang paling baik.
mungkin.

sebab aku tak kuat seperti yang kau fikirkan.
tak kuat mana pun.

awak,rahsia kita okey.
:senyum:

spekulasi naluri?

14 Julai 2009 bersamaaan dengan birthday Kak Farah;))


Pagi2 lagi aku dah sebok2 tanya pasal gaji aku, dah 2 bulan stuck.%$%&^&%#$.sabar jelah. tapi kadang2 tak boleh nak sabar jugak sebab kawan2 dah sebok kata baru lepas shoping kat Sogo, ade yang dah habis ribu riban kat Ariani, alamoda dan senagkatan dgnnya.erghhhhhhh!!.%$%&^&%#$.

tension tahap otromen.

***
sebelum saat ini, aku tak pernah takut untuk berhadaapan dengan masa depan, sebab sebelum ni..apa yang aku tahu..kehidupan aku selepas ini, semua mengikut perancangan aku.mengikut apa yang aku mahu. semua undang2 dan penerimaan, mengikut hati aku.
tapi, selepas pada saat ini, aku dah jadi takut. sebab aku baru perasaan, everthings going wrong dan tak dapat dikawal. macam something going wrong. aku tak tau in d' middle or somwhere else. yang aku tahu, ada sleck kat mana2. cuma tak tahu dimana.
ada macam2 benda yang kadang2 tak masuk akal jadi pada aku, benda yang aku tak rasa benda tu patut jadi dan tak sepatutnya jadi.
macam tadi, Encik EO ajak aku pegi meeting, mnda tu tak sepatutnya jadi sebab yang sepatutnya ikut adalah PA dia.
macam aku kena mintak duit mak sebelum pergi kerja, tu tak perlu jadi sebab aku ni sudah bekerja.kenapa mesti buat macam waktu sekolah dulu?
macam ben-10 tertumpah air panas kat dada sampai melecur teruk.tu tak patut jadi sebab dia ada kakak yang boleh buatkan air untuk dia.
macam anak kucing aku mati, sebab mak dia tak bagi susu. tu tak perlu jadi sebab memang kerja seorang ibu menyusukan anak.
macam aku hayun handbag aku sampai jatuh isi2 perut nya, tu tak perlu jadi sebab Encik F dah gelakkan aku.
macam aku terpaksa pergi dari hidup Mr Arsenal, walaupun hati masih nak duduk disebelah, tu tak patut, tak perlu dan tak sepatutnya jadi.
ini semua lebih kepada konflik peribadi, ye.
aku pasti yang tu.
All i want is my life back, am im asking too much?

mood : miss my lil Qaisara part 2


No matter what happen, I just can stop loving You ;))
Time had forces me to appreciate what i had, so why dun u be here, right by my side then teach me how to appreciate what i have. something that i dont relise that i already have it.
something, like u ;)









untitled

Programer kat belakang yg sangat hensem dah balik KL...lepasni dah tak datang terus.gila betul...kurang siuman aku dibuatnya tengok dia senyum. Boleh separuh mati agaknya kalau dia ajak date.

peh.



lambat lagi ke aku nk jadi seksi macam ni.

Hai awak.

Hrini saya pakai baju batik, dah tak tersilap hari lagi. dah tak tersalah tarikh lagi. dan yang paling best..dah tak terlambat.



seronok.
tapi sekejap.



ada sahaja yang mematikan keseronokan aku. memang selalu ada!
kesian dengan ben-10.pagi2 kena marah dengan abah.kesian.Tringat dulu2..bila abah pukul aku. aku benci.terus pasang niat..bila besar nak hantar abah pegi rumah orang tua. bila mak pukul, pasang niat bila besar nanti nk jadikan mak orang gaji.masa kecil lah. bila dah besar..takdek masa nk fikir, takdek masa nak ungkit2.

siapa aku sekarang, hasil tampar mak dulu sebab buat anak kesayangan dia. berdirinya aku sekarang, hasil bebel abah selama 20 tahun sebelum.senyuman aku hariini, semuanya hasil menangis aku dahulu.



masa kecil.kehidupan semua berpandukan kepada cerita tv.semua ikut tv. tv kata serbuk putih itu dadah, terus kata tepung buat cekodok tu dadah. tv kata jangan bazir elektrik, terus tutup plug oksigen ikan emas abang sampai timbul semua.tv kata Normala Shamsudin khawin, semua pergi serbu rumah. tv kata tonton lah wonderpet, semua sibuk nyanyi lagu itik busuk tu.tv kata esok raya, semua raya.semua tv.

tapi sayang, tv tak pernah kata yang dunia ni akan adil.
yang selalu kedengaran cuma 'keadilan'
wtf.



tapi sekarang, tv tak habis2 sebut pasal h1n1 dan arwah michael.
rasa macam nk campak dari tingkat 5 ke bawah je tv tu.
piring astro jadikan bomerang:)




Abang programer kat belakang hawt gilerrrr!!seksi tauuu!!
bertambah2 hot bila tengah serius.
lagi lagila hooot bila buat muka berlagak.


currently : dah tak hot lagi sebab tak makan durian.dan sangat2 tak seksi sebab bau durian pun tak boleh.
ergh!

Mr. Arsenal

I m i s s U

So Much.

(-_-")

THE MESSAGE : FAKE IT

Aku tak malu untuk kata yang aku ni dari keluarga yang bermasalah. Aku tak mahu malu untuk mengakui yang aku ini seorang yang bermasalah. Aku takkan nafikan yang jiwa aku punya permasalahan dalaman. Semua punya masalah. jadi aku tak perlu malu, kerana aku bukan berseorangan. aku tak perlu takut sebab yang lain bersama aku, berjuang menyelesaikan sesuatu masalah. yang bezakan aku dan dia cuma lah cara.

tapi sekarang. aku betul2 punya masalah. masalah keluarga. masalah ibu dan bapa. masalah hati, masalah jiwa.Penat sungguh fikir sampai aku dah rasa malas lansung dah nk fikir. nak jadi seorang yang tak ambil peduli lansung. nak jadi tunggul di antara denai2 yang tinggi, nak jadi bodoh dalam kelompok genius. tak apa lah...rasa macam tiada penamat macam yang aku sentiasa harap kan setiap kali aku menyanyi lagu My Happy Ending by Avril.

Bila masalah timbul, pekara pertama aku buat adalah menunding jari. aku TAKKAN mengaku yang punca nya dari aku. Takkan sesekali. Buat apa mahu pikul beban yang boleh orang lain pun pikul.??sekarang aku salahkan dia, sebab tu, aku salahkan dia sebab ini aku salahkan dia sebab itu dan ini. kau kena terima, sebab kau adalah punca.kau!

harini aku kerja berdua, yang lain dah jauh merantau...aku masih disini. nak kata setia..tak pun..nak kata takut...lagi lah bukan. cuma aku pasti ada yang menahan aku. stuck.

bodoh, stuck dalam kehidupan sendiri, stuck dalah jiwa sendiri. stuck dalam perasaan sendiri.boleh mati aku macam ni. mati dalam bahtera jiwa yang nakhodanya diri sendiri.

kadang2, setiap permasaalahan aku nk je anggap semua tu palsu...cuma mimpi. esok aku bangun dari tidur, bangkit dari cerita semalam..semua tu akan hilang.

tapi macam mustahil.

yelah, memang betul...aku ni bodoh.selalu harapkan semua ni cuma palsu dan sentiasa harapkan miracle walaupun dah tau tu semua tipu.
ye, aku bodoh.
aku mengaku.

bodoh2 aku banyak gak duit. dari kau:)))))

- Kita memang selalu berada di tengah2 antara kepercayaan dan pegangan.

Heart my lil Qaisara so much.

serius...dia mirip aku.

sgt2...

wink*wink.



Tak habis satu cerita, datang lagi satu cerita.yang menyampai pula beria excited dari aku. yang tukang cerita pula terlebih emosi. dan yang si panglipur lara pula terover suruh rahsia.





syhhhhhhhh!jangan cerita kat sesiapa tau.



Okey, aku janji.....
(sambil cross finger)





tak habis2 ...suka cerita pasal aku. tapi tak apa...aku kat sini just chill n take it easy je.semua just jadi bahan ketawa aku saja.



korang memang bodoh.

kesian.

***
Hari jumaat, hari yang cukup chill dan aku rasa macam suci sangat. Walaupun pada hakikatnya aku ke ofis tidak berpurdah segala, memakai kurung ketat...muhu tunjuk susuk segala. makcik2 dalam bilik menghafaz yasin dan ayat2 suci, aku pasang MP3 lagu Akon, semua sibuk2 mendengar ceramah pagi aku pula memilih untuk berbloging. Tapi rasa masih suci. Mungkin aku memang suci, sampai kan perkara2 remeh tidak akan mengotorkan seinci pun tubuh aku..
mungkin.
selain dari tersepit antara kepercayaan dan pegangan, aku jugak tak boleh berpisah dari kemungkinan. Dalam bermonolog sendirian..aku tak kan terlepas dari sebut
'mungkin......
maknanya aku tak pasti, dan aku tak berapa nak percaya dan pegangan aku sangat lain dari fakta2 yang kau dah nyatakan..
tu yang pasti.
semalam aku turun lif..dari tingkat 5 ke ground floor, punch kad, tepat pukul lima. aku senyum saja.tak ramai lagi manusia ada dibawah.
tapi aku perasan satu wajah, yang buat aku diam, kaku, dan kelu. Sumpah. manusia yang paling aku takutkan. tak berani aku berjalan selamba didepannya, tak mungkin aku akan tersenyum tunduk memandangnya. tak mungkin. arh! Takkan lah!
aku sekarang sedang belajar untuk menjadi seorang pendengar saja. aku lebih prefer ke arah itu. lebih baik mungkin. atau lebih selamat. atau sememangnya selamat.dan satu benda yang aku tak berapa nak pasti....peluang banyak datang secara sembunyi....jadi aku perlu lebih banyak peka. tak perlu banyak melihat sebab sebarang peluang takkan datang memperkenalkan diri.aku pasti yang itu.
Hari ini, aku rasa lain. sedikit. macam lain. Jiwa aku seakan2 tersepit. antara kepercayaan dan pegangan. dua benda tu seolah2 memberontak mahu kedepan.sedangkan aku tak izinkan. kerana kepercayaan aku sekarang ni seakan2 mahu membunuh aku dan pegangan aku sekarang, sudah terpesong jauh. jauh sangat sampai aku tak mampu mahu mengejar.
babi ah.
masalah jiwa. akal pun pun aku rasa sudah hampir mereng.
'tolong terima hakikat, pandang dia sebagai seorang perempuan..macam yang lain.'
peh :'(
***
kalau boleh aku mahu hidup di tengah2, tak perlu berpihak pada sesiapa. tak perlu fikir orang lain dan tak payah sembunyikan suara bila jiwa mahu menjerit.
aku disini masih menunggu harapkan miracle.
masih lagi.
-hoping life to be fair-

mood : miss my little Qaisara so much:)

Hari ini dua haribulan tujuh...dua entri aku sebelum ni tiada pengomen.Aku rasa curious sangat. dan lil bit anoying. Hei..mana folower'sssss aku hah???

tapi lepas buat eksperimen sunyi2 dan diam2...baru aku tahu..
aku dah tukar URL.
Harap maklum.

semalam rabu, tapi aku sangka hariini masih rabu.aku terlambat sehari.aku selalu terlambat.Penat juga...asyik terlambat dan selalu ketinggalan..

Pagi tu aku tengok abang aku yang superb poyo tu pakai baju batik.aku tanya mak,

'kenapa si kering tu wat ngok pakai baju batik hari rabu?"

sunyi.

mak aku diam saja, sampai ofis..baru aku sedar.yang ngok tu aku sebenarnya. semua staff pakai baju batik aku sorang pakai baju bunga2 warna merah.
gile colourfull.

minimize*makcik cleaner datang.


****

sambung balik.

semalam jugak aku rasa macam bullshit sangat.H call aku tiba2 minta kepastian hubungan aku dengan Mr.A,budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem .aku cuma ketawa dan gelak2 bila H kata aku penah having affair dengan Mr.A,budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem.

gila gamaknya.
mmg gila, bukan gamak lagi.

H cakap cerita aku dengan Mr A budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem dulu tengah hot sekarang. meniti dari mulut ke mulut.

aku senyum,

'salah satu mulut tu, mesti mulut kau kan'

dia diam.
sunyi.

peh, Mr A budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem telah dikaitan dengan aku.

ayat H yang paling tak boleh blah.

'kau kawan aku, so aku just nk kepastian.....

'sebab kau kawan aku lah aku cerita kat kau....

'takpelah, aku call A..tnya dia plk.....

'eh, kau jangan cerita pada sapa2 tau....kita kawan kan?'

wtfwtfwtfwtfwtfwtfwtfwtf.

cerita semalam jugak,
Mr S fon aku, ajak keluar.dan tiba2 soal pasal boipreng.aku kelu. tiba2.

Bf kau budak mana?

aku lone ranger.
(dalam hati, Cendrawasih)

wow, A tu?

diam.





cerita ni aku tak pasti bila klimaxnya. belum nampak macam nak berakhir lagi. Eh..kau...kalau cerita tu sampai ke tempat kau. tolong khabarkan.

sebab sekarang, aku tak banyak cerita mahu dijadikan bahan ketawa dalam hidup aku.
tolong ya?
hehehe....

in life,if were not helping each other...we'll die alone...

ini cerita semalam,Encik Arsenal teman aku pergi umah Intan...sumpah...
comel sgt teman aku makan laksa kat rumah intan.
comal sgt pakai baju sama2 hijau...
comel sgt kacau2 aku..
comel sgt duduk luar isap rokok then tgkap gmbr muka sendiri...
comel sgt duduk sebelah2 dan gaduh nk bela hemster atau arnab..
comel sgt bila awk kata sy ngarut sebab jeles awk pndang budak ikip tu..
comel sgt makan laksa lepas makan nasi goreng ayam.
comel sgt makan laksa lepas main boling.

hm..mungkin awk mmg comel kot.



aku baru lepas turun ofis bawah, ade kenalan mintak tolong...
saja...aku tolong..tak harap kan apa2...
cuma minta-minta dia akan sedekahkan af-fatihah pada aku andaikata aku mati muda...
sangat2 muda...
ye...sangat2...

aku tengah tunggu masa untuk teruskan kerja aku, banyak sangat ni..
tapi terpaksa chill few minits.
bukan penat....cuma tak nak presure sangat.
malas nk terkejar2...sebab aku tak kejar apa2...
kerja aku takkan habis...cuma kalau tangguh..jadi banyak..tu je...
tu sudah pasti...
sangat2...
ye....sangat2...

aku makan karipap dengan donat tadi...untuk breakfast....nk buat alas perut...
aku dah nak berhenti makan berat2 pagi buta....aku ON diet...
sebab aku perasan sejak kerja sini, berat aku naik....
eeeeee...sial gile....

sekarang aku dalam nk proses kenal hati budi seseorang....
tapi aku macam blur2...dalam dia aku cuma nmpak kejahatan yang sangat2...kekejaman yang superb dan kezaliman yang tahap maxim...
aku terus jadi takut, dan sekarang juga aku cuba untuk lari...

kesian jugak..
tapi, aku lebih kesiankan hati aku...dah banyak kali terluka...takkan nak biarkan lagi terluka...atau berterusan terluka..

takkan lah.

hmmm, hati...takpa...sy ada...sy janji...awak selamat bersama saya..saya tahu macam mana sakitnya bila disakiti.

-betrayed-

Somebody call 911 now...

Aku dah tukar url, tu sudah pasti.dah lama.
terima kasih bagi yang dah tau...
sama2 bagi yang dah lose contact.

Dua bulan asyik pakai perfume curi,bila harini start pakai perfume mahal...ada nama sendiri...dah tak share2..rasa macam wangi sangat, rasa macam bersih sangat, rasa macam suci gile.
auwwww.....
meh, sapa2 nk cium?

hehe, awak..
terima kasih untuk malam yang sangat2 comel...
awak suruh saya ulang banyak kali...tapi sy x nak...
kat sini okey x??
"men with their fucking ego'....

nak lagi???



awak, hati saya dah hilang.
puas dah cari, masih tak jumpa..
tak pasti pada siapa..tak tahu ada dimana...

sakit sangat, macam rasa disentap.
pedih, macam orang siat.
sakit macam kena pijak,
lebih sakit bila dapat tahu hancur remuk macam kena gelek dengan lori sampah.
sumpah, sakit.


yang pasti dah hilang, diambil tanpa rela.
yang tahu sekarang, dah tiada..tanpa izin.


sakit :(

p/s : Tolong pulangkan, sebab sy perlukan hati saya untuk sayang kucing2 saya...Tolong ya, sebelum saya start nk taip report panjang2 macam saya tipu polis gemuk untuk report ic hilang tu.

Random?

cepat betul masa berjalan....aku dah kena take over keja Puan S..sangat2 adventure..sangat2 presure...wah..sangat2!!

mula2 surat dah salah send...
kau rasa funny tak bila envelope name lain..isi dalam for d'other person.aku rasa funny sangat until aku tersengih2 sorang.

tapi, bos aku tak rasa benda tu funny.
dia marah aku....
dia tengking2 aku,
dan suruh aku more carefull after this...


erm..
keseronokan memang hilang serta merta agaknya bila sudah besar.
kalau aku always alert to be carefull...mesti dah tak seronok mana pun....
dah xdek sengih sorang2...
dah xdek kot ketawa sampai ketuk2 lantai....sampai guling2...sampai keluar air mata, sampai sakit perut.
so boringggg........

sumpah tak best!

surat untuk malaikat #04

aku dah lama tak menulis untuk malaikat.
bukan lupa...ingat sangat.
bukan leka...terkenang selalu......
bukan benci....selalu sangat dah rindu.

tapi harini aku betul2 rindu sangat.betul2 ni...aku tak main2...

semalam aku kena marah dengan Pegawai cibai lonjong datang dari planet mana tah.sumpah..aku berani cakap.dia sangat babi.

aku serius sekarang.

aku lansung tak kenal dia, tiba2 maki2....
aku tak tahu asal usul dia, tiba2 nk main2 tunding jari...
aku ni insan teraniya...orang kata doa insan teraniya makbul...

aku nk doa dia mandul boleh tak??

aku cerita pada Encik A,dia suruh aku berhenti.....baik punya solution....tersenyum aku sorang2.cerita pula pada bonda...hm. mujur sama2 tersenyum..

malaikat, manusia mmg begini??hanyut dengan pangkat/darjat semata2??aku pun begitu juga ke nanti??
hmm......

awak, sabtu ni baliklah.....sy rindu awak.....sy nak beli t-shirt Polo untuk awak..tapi tak tau saiz...awak dah makin gemuk.baliklah....

rindu:(

Aku mahu ke syurga,sekarang.Bye!

Maaf, lebih baik macam ni.

Awak, sakit sangat hati bila terpaksa senyum walaupun hati sedih, lagi sakit terpaksa kata 'ya' walaupun hati kata 'tak'....bertambah-tambah sakit bila terpaksa ketawa walaupun mata dah berkaca-kaca mahu menangis.


saya benci awak.

kenapa??saya buat apa??

i hate u for doing nothing.hate u so much!


Dari dulu sampai sekarang, aku benci kata maaf. Aku tak suka bila orang datang mintak maaf. memang aku serabut sangat kalau ada orang mintak maaf. Sebab aku tahu, bila orang mintak maaf, meaning dia aku sakit hati. Bila dia mintak dimaafkan, aku tahu hati aku dah hancur. bila merayu2 minta maaf ni, aku tahu. hati aku akan terluka.

aku pasti sangat hal yang tu.

Maaf ni kononnya penghabisan satu cerita sedih yang sangat2 menyakitkan hati.sebagai contoh, kau mainkan perasaan aku, kau minta maaf dah habis. kau sakitkan hati aku, minta maaf dan habis.

konon sajalah.


Tapi tak mengapa.Aku sendiri pun tak suka minta maaf, walaupun nyata2 salah aku. solution yang aku buat, aku hanya diamkan diri. Pegi mati lah nk terasa2, nak touching2. koman2 pun aku akan buat muka tak bersalah.buat bodoh. tak peduli lah perasaan kau. sebab kau sendiri pun tak pernah nk peduli perasaan aku.

aku tak suka tertunduk2 kata maaf, aku benci gila terpaksa merayu2 nk ucap maaf. padahal kata maaf tu cuma 1 perkataan kosong saja. cuma satu, tak sampai sesaat pun nk cakap. tapi masih susah. masih tak terucap, masih tak terkata.





ego.

tulah penyakit awak sekarang.

tapi saya masih harapkan awak minta maaf.
masih lagi.




peduli apa saya dengan ego awak tu.

NO french kiss please.

Semalam aku beli banyak cendawan, abang gong-gemuk-itam ade jual secara pukal.aku beli 5 plastik.

aku masak tomyam.
special, just ada cendawan dan binatang2 laut saja.

cendawan tu tiada racun, dan juga H1N1.
aku pasti sekali, sebab harini aku masih sihat untuk menaip entri berikutnya.
Untuk tatapan kamu, kamu dan kamu.
(macam ramai sangat je)

owh..pasal french kiss tu?
tak boleh, tak boleh.
mulut aku melecur sebab hirup tom-yam panas tu.
Damned!


Banyak benda seronok yang kita nak buat dan ada sahaja yang mematikan keseronokan.Banyak sangat.Mahu ketawa2, bos datang..terpaksa diam. Nak mengorat budak comel kat makhamah syariah, tapi comel sangat.malu..terus takdek semangat.Mahu makan, tapi fikir diet, terus rasa kenyang. Mahu chatting, tapi kawan2 chat semua super shit.terus takdek mood. Mahu surfing you-tube, tapi tak boleh, sebab pegawai kata tu semua buang masa. mahu berkawan, tapi rasa macam nak buat sombong. terus angkat muka. mahu senyum2 dan buat2 mesra tapi rasa macam nak jaga standard. Korang semua bukan level aku.terus taknak bergaul. Nak berkenalan dengan pegawai hensem UPSM, tapi dia pegawai, rasa macam tak sesuai.terus rasa rendah sangat.nak cuti, tapi tiada backup..terus rasa macam nak berhenti. nak pergi sana, tapi takut orang sini membebel. terus duduk sini sampai kematu. nak bukak tagged, friendster, myspace, tapi semua kena block. macam babi lah.
eeeeee....


rasa macam nak sayang seseorang, tapi takut dipermainkan, terus jauhkan diri.
awak, erm....

ntahla.

bodoh gile ah.

Hold Me Tight!

Masa kecil dulu, aku takut betul dengan hantu. Mak+Abah pulak always saiko aku pakai kata nama hantu.Benci betul. Macam kalau aku tidur lambat..Abah akan cakap, nanti ada hantu datang. Kalu aku makan nasik tumpah2, mak kata akan ada hantu kutipkan nasi tu, then malam2 suruh kita makan.

Sumpah.
Takut nak mati.

Ingat lagi, dulu2, masa kecil...kalau aku takut tidur sorang2..aku akan ambil note pad ke, kertas A4 ke..ape2 lah yang boleh tulis dan banyak.Aku akan tulis banyak2 nama 'Allah' dalam bahasa jawi. Kemudian aku tampal pada tingakap, pintu. Kononnya hantu tak boleh masuk lah.

Konon je lah.
biasalah, masa kecil..masa tengah bodoh dan waktu2 senang diperbodohkan.

Masa besar lain pulak cerita nya, masa umur dah boleh kenal dunia.Masa dunia dah tak boleh nk bodohkan aku lagi.

Sekarang, perkara yang aku gerunkan adalah manusia. Benda yang aku takutkan adalah manusia dan yang paling aku sentiasa cemaskan adalah muka2 bangsat tu.Sekarang, hidup aku sentiasa lari2 dan sorok2. Sebab takutkan 'mereka' tulah.Waktu nak makan, mata masih liar2 cari, takut ada 'manusia lapar'. masa tengah ketawa2, sentiasa cemas bimbang 'manusia bengis' datang. semasa tengah lapang, takut betul kalau2 'manusia sempit' datang.

Manusia.
Paling takut, bila tengah aku ingat Tuhan..ada manusia menyesatkan aku.Tu yang paling aku takut dan risaukan.

Masa macam ni lah yang buat aku terfikir manusia ni sama taraf je dengan hantu, ataupun lebih keji.Sekarang masa untuk aku lebih pandai menilai untuk buat keputusan. Sentiasa sedar dengan naluri dalaman.Perlu lebih teliti nak buat perubahan. Kena sentiasa alert dengan perubahan2 sekitar.

Sebab manusia disekeliling aku ni, sentiasa cari peluang untuk jatuhkan aku. Muka2 di kiri kanan aku ini sentiasa tunggu peluang untuk rosakkan aku. Jiwa2 disini sentiasa tunggu untuk 'matikan' jiwa aku. Hati dan naluri manusia disini sentiasa tunggu untuk busukkan hati aku. dan aku dapat rasa, 'mereka' seolah2 sentiasa tunggu masa yang terbaik untuk bunuh aku.

what a fucked up time.








Wonderpet.
Tolong saya.saya tak besar dan tak kuat.



"seorang WANITA , umpama sekuntum bunga ditaman,Segar mewangi dipelosok dunia,setulus kasih sesuci embun. lembut WANITA kerana tutur katanya,patuh WANITA kerana setianya, cekal WANITA kerana beraninya,sabar WANITA kerana imannya.kasih WANITA kerana belaiannya,lemah WANITA kerana air matanya,ikhlas WANITA kerana simpatinya,dendam WANITA kerana cemburunya,sayang WANITA kerana sifat keibuannya,dan...tanpa WANITA lelaki lemah ,kerana WANITA lelaki kalah.. "

Tinggi sangat

ini cerita hariini.
sayang,
sampai disini saja, jaga diri dan peribadi mu itu, kerana itu sahaja harta yang perlu kamu mulia dan banggakan.

ini cerita semalam.
hujan lebat, aku masih lagi mati dek tawa muka2 di kiri kanan aku ini.Aku masih lagi membisu di celah2 manusia2 ini. aku masih lagi diam dalam hingar bingar alam ini.masih kelu dalam riuh cerita jiwa2 puitis mereka ini.

bosan.
aku cuba untuk berdiri, tapi lemah. Aku cuba untuk bersuara, tapi kelu, aku cuba untuk ketawa, tapi sunyi, cuba juga untuk berbual, tapi kosong.

aku rasa aku belum cukup tinggi lagi, masih belum cukup besar.aku aturkan kaki....aku mahu lebih tinggi dari mereka, mahu berada diatas. Penat aku duduk dibawah, tak punya hasil, sedih sentiasa dibawah, seperti tiada pengaruh, tak suka berada dibawah, macam orang yang tak berguna.

aku keluar, aku tegur hujan, lihat hujan, kira titis hujan, senyum pada hujan,dan lambai pada hujan.
*puas*

tapi baru tersedar aku masih lagi dibawah.mengeluh sendirian.
aku naik ke tingkat 7, rasa tinggi sedikit, rasa dihargai sedikit, rasa macam orang atasan, rasa ramai orag bawahan.Bila sudah diatas, aku jadi lain pula. Kesian untuk pijak lebih2, fikirkan org dibawah. Gerun mahu menghentak2 kaki, bimbang sakit umat dibawah. takut hendak berlari2, risau orang bawah sakit dihenyak2. Aku jengah keluar tingkap, lihat banyak manusia dibawah. Semua menjengah ke atas. Melihat aku....terdongak2, mahu memandang aku. aku pula rasa begitu naif, terpaksa menunduk mahu melihat, terpaksa tertunduk2, mahu menegur.


Tapi masih belum cukup puas, aku pergi kesebelah pula, mahu mencuba jadi lebih tinggi, kini aku sangat tinggi.Paling tinggi, semua dibawah.aku saja diatas.aku jadi riak, cepat2 aku tunduk, aku jadi bangga, lekas2 aku diam, aku jadi sombong, cepat2 aku beristiqamah.aku jengah keluar.Kosong.....tiada siapa.aku jerit2, tapi tiada siapa yang dengar, aku lambai2,tapi tiada siapa pun yang nampak. aku senyum2, tapi aku seakan berilusi.

Bodoh,
aku turun bawah bersama rasa hampa. aku turun bawa rasa curiga. aku turun bawa seribu rasa.
Baru terasa.

Bukan lah sedap mana pun bila tinggi, bukan lah sucks mana pun bila rendah.
Aku dapat rasa, manusia yang tinggi2 darjat tu semua, semua mahu nk duduk dibawah kan?
Yang berada dibawah sibuk mahu naik junjung.
haish.

manusia, tak pernah nak puas.





awak,
ade lelaki tingkat 2 mintak number fon awak.saya ingat dia suka pada saya.Rupa2 nya gunakan saya je. Takpe, awak jangan rasa bersalah dengan saya, Saya bagi nombor telefon awak ye. Dia cakap dia nk keluar minum dengan awk. Untung la awak, sebab dia sangat hensem.
jangan marah kalau saya cemburukan awak ye.




saya bagi ye.



:)

.

Banyak sangat benda nk cerita, sampai dah tak tahu nk isi tajuk apa. Banyak benda yang nk dipertikaikan, tak tahu nk mula dari mana. Banyak fakta yang nk aku autakan, tapi tak pasti kerja orang betul atau gila. Banyak benda waras yang aku tak mahu percaya dan tak nak ambil peduli. Banyak benda yang nak mula dulu..tapi tak tahu nak akhirkan macam mana. Banyak muka yang aku nak tampar, tapi tak tahu siapa yang patut kena dulu. Banyak jiwa yang perlu aku sayang, tapi tak pasti perlu atau tidak. Banyak perasaan yang perlu aku jaga, tapi macam sia-sia. Banyak manusia yang perlu dihina, tapi aku tak pasti tahap hina aku lebih atau kurang dari mereka. Banyak bangsat yang perlu aku ajar, tapi aku rasa buang masa. Ramai muka sombong yang perlu aku maki tepat atas muka, tapi rasa macam mereka tu useless, tak berguna lansung pada aku.Banyak keputusan yang perlu dibuat, tapi takut. Banyak benda yang butuhkan jawapan, tapi masih kosong dan kelam. Banyak mulut yang nk aku tutup, tapi aku tak pasti mulut siapa punca. Banyak perkara yang aku harapkan keajaiban, tapi rasa macam bodoh.Banyak manusia yang cuba aku sorokkan, tapi aku masih belum pasti mengapa dan sebab apa. Banyak benda yang perlu aku ubahkan, tapi aku tak tahu untuk siapa, tak pasti untuk apa dan tak tahu mengapa.

Banyak,
hmmm.....

Banyak sangat.

Tolong ya, siapa yang hilang suami..sila telefon aku. Mungkin ada disebelah aku. Tolong ya, siapa yang rasa suaminya curang, tolong email dimulakan dengan salam, biar aku cek dengan sopan dalam senarai lelaki yang pernah aku mainkan. Tolong ya, pada yang fikir aku ni perampas, oh tidaklah. aku ni perempuan baik.Tolong ya, siapa yang rasa aku ada hati pada boifren dia, tolong beritahu...dan seperti biasa, aku akan nafikan,dan harap cakap elok2. Sebab kalau aku panas hati....aku akan sumpah pada diri sendiri, yang aku akan pastikan kau takkan bahagia sampai mati.

dan ya, aku lagi sekali digosipkan dengan suami orang yang sangat kaya.dan ya..aku masih lagi terdengar cerita yang aku masih lagi dikaitkan dengan boifren orang.

haih,
tak habis2 la kamu ni semua.
tak penat ke???















Bodoh.













.

Hari ni aku bekpes dengan buah salak free dari Lipis.

Hari ni Ben-10 exam, adik aku (bongsu)..mid year punye exam. Sepanjang2 jalan dari rumah ke sekolah..Ayah aku tak habis2 suruh adik aku dapat straight A, adik aku masih lagi buat muke toye dia...aku pulak yang presure gila.

Dia belikan adik aku roti mahal, untuk breakfast, dia belikan air Pepsi, walaupun aku boikot. Dia belikan Pensil 2b gred A walaupun mahal.Dia belikan pemadam rm1.50 walaupun pemadam 20 juga berkualiti.Dia belikan pensil warna walaupun adik aku dah ada.

Dengan harapan, Ben-10 akan dapat straight A.
Tinggi betul harapan beliau terhadap Ben-10 walaupun dia sebenrnya tahu tahap iQ Ben-10 tu tahap mana.

Tetibe aku teringat balik, time exam..aku menyampah gila nk cakap kat mak ayah aku.yang aku exam.kadang2 aku sendiri kumpul duit nk beli pensil 2B, aku study diam2 dan aku tak makan sebab kumpul duit nak beli kalkulator saintifik.

sebab ni la!
family aku bukan orang susah, tak jugak senang.

ayah aku tak habis2 bagi harapan yang sangat2 tinggi, sedangkan dia tak tahu iQ anak dia ni tak lah sebagus mana.

aku menyampah betul bila pagi2 nk pergi sekolah, ayah aku wat presure.masa jawab paper..aku teringat kata2 dia.

dia bukan bagi kata2 semangat, tapi dia lebih kepada mematikan semangat aku.

ayat biasa =

Hari2 Abah antar ambik, bagi lah sikit A kat bah ni....

Hari2 bah bagi belanja, cuba lah tunjuk sikit yang kamu tu pergi sekolah.

Agak2 berapa target..??boleh buat abah bangga??

Taget tinggi sikit.....biar berbaloi apa yang dah bah laburkan pada kamu.

Anak kawan bah, dapat straight A...suka betul ayah dia.....kamu bila lagi?

dan lain2 lagi.





Aku tak nampak lansung ayat kuat semangat, lebih kepada ayat mengungkit ada lah.
hmmmm....

tapi dulu lah.
sekarang...

Apa yang bah nampak sekarang, nilah hasil dari ambik hantar bah selama 11 tahun kakak sekolah, apa yang bah dapat dari kakak sekarang, semua hasil dari belanja bah pada kakak 11 tahun dulu.

semuanya.

semua sekali.

Siapa kakak sekarang, kat mana kakak sekarang dan apa kakak sekarang, semua hasil dari titik peluh Abah dulu.
Terima Kasih...


Hoih Ben-10....!!Gud Luck okey.
walau ape pun result kamu,
i JUST CANT STOP LOVING YOU...:))
Love u...
Always....
hmmm.....

The hardest thing to do is doing nothing - Grissom

aku serius sekarang,
aku semakin benci kerja aku.

aku fikir semakin hari aku kerja, aku semakin boleh terima dengan kejutan2 kerja aku ni, tapi aku silap.aku tersilap andaian. tersilap buat telahan.aku tak pasti ending cerita ni, sangat klise.

hari hari hari yang lepas cuma lah2 hari2 worst aku,dan hari ini aku decide untuk buat keputusan yang aku benci gila kerja aku ni.

bunyi agak kasar.

tapi nilah hakikat.aku semakin benci dan memang tak mustahil aku akan bertambah2 benci.aku dah rasa macam orang bodoh.buat kerja terpaksa.aku dah rasa macam loser gila sebab buat kerja tak ikhlas dan rasa sucks gila sebab buat kerja yang aku tak suka.


aku takdek masalah dengan muka2 dalam jabatan aku ni,sebab aku just anggap muka2 ni cuma lah gambar2 kosong dan useless.tak berguna pada aku.aku takdak hal dengan makcik2 dalam bilik aku ni, sebab aku just anggap diorang ni sahabat saja. bukan teman sehidup semati.aku mmg xdek problem dengan bos2 aku...bukan sebab mereka treat aku nice...sebab at least diorang tak menyibuk hal aku.

tapi ada lah sikit.


aku cuma benci gila kerja aku.
apa yang aku buat hari2 ni.
apa yang aku kena hadap tiap pagi sampai petang.
apa yang aku kena fikir setiap pagi.
apa yang aku kena siapkan setiap petang.

aku cuma benci semua tu.


Loser!
kau loser Isabella!
tapi aku takkan menangis.

Preety mood is now On!

Dia : saya ingat nanti nak pakai mercedes...
Aku : bila dah pakai awk pinang saya ye...
Dia : tapi rasa nk pakai BMW
Aku : esoklah awk pinang saya!
Dia : saya suruh mak ayah saya datang betul2 baru tau....
Aku : bagitau awal-awal la, sempat saya kemas rumah dulu.






just can't stop thinking about you.

*hmmmmmm*







Mr A
awak comel la...
mata awak cantik la..
*blushing*




mood curently : pewitttttttt....(sambil dengar lagu Isabella)

harharharharhar......

I have a dream.

Cita2 aku dulu, masa kecil2 aku nak jadi penyanyi. aku suka betul tengok budak2 sebaya aku menyanyi. duet dengan artis2 top. haish, jeles sangat2 lah!

aku start pasang cita2 ni bila aku tengok ade penyanyi Indon menyanyi dengan Westlife, lagu i have a dream.

macam cerita Tom-Tombak sekarang, tapi dulu takdek segmen tu, Aznil pun tak sunat lagi masa tu.tapi dulu lah, masa umur aku darjah1-2.masa tengah belum tahu malu lagi.

bodoh betul.

Bila darjah 3-5, aku nk jadi doktor, sebab mak aku masa tu jadi nurse..bila aku pergi hospital, nk ambik 'beliau' balik kerja.. aku tengok uniform doktor cantik, smart.putih je...dahlah aku mmg suka warna putih. lagi 1, sebab aku tertarik nk pakai benda ear fon tuh, yang boleh detect jantung still bernafas ke tak.At least..doktor je ade...kerja lain tak pakai bnda tuh.Mmg aku dah taget nk jadi Doktor.

Masuk darjah 6, sains aku fail dengan teruk dan menjunam terusssss. tak dek harapan lansung aku nk ambik bio ke, kimia , ke..ape2 lah bila masuk form 1 nanti. cita2 aku buat kali kedua tu, mati macam tu je.

dan dalam pada umur yang sama...aku pertama kali jejak ke Uitm ShahAlam, datang sebok2 pergi tengok pakcik aku grad.dia ambik undang-undang.

dari situ, aku taget nk jadi lawyer.mak aku suruh aku jadi macam adik dia(pakcik aku tulah) sebab after grad, pakcik aku pergi U.K untuk ambik master pulak.

konon, bila aku pergi uk, aku kan bawak mak aku la tu...konon jelah.masuk je sekolah menengah, form 1, aku banyak ponteng. tapi cita2 aku masa tu untuk jadi peguam sangat kuat! tiap2 exam, aku just score paper sejarah. tu je, paper lain aku just buat lantak and cukup makan je.

setiap kali dapat repot kad, mesti meriah dengan kaler2.colourfull gitu.bila mak aku bebel, aku agung2kan paper sejarah aku yang full marks tu (kuikui)mak aku terus diam.

masuk je form 3, tahun PMR, aku dah start rasa subjek tu seriusly bosan!sangat2 membosankan.even worst..aku dah tak dapat score paper sejarah sebab makin tahun, makin boring. kawan2 aku gelakkan aku sebab dia kata budak nerd je yang suka paper sejarah.

cibai betul, kawan2 aku memang suka menjahanamkan.

ambik kau, masa PMR, paper sejarah aku setakat cukup makan. aku score paper lain. iaitu paper BM. paper agama aku gagal, sebab aku lawan cakap ustazah aku before exam PMR..biasalah, org warak ni kan, doa makbul.biarpun doa untuk menjatuhkan.

bodoh betul.

masuk form 4, sijil PMR aku kira laku lah bila aku dapat tawaran masuk Teknik.aku ambik kos Bisnes, sebab kos bisnes je yang ade belajar komputer.kos lain mcm shit.sebab belajar pasal ukur, batu bata dan asas elektrik.

start form 4, aku bajek nk ambik bisnes untlil when2, konon akan banyak duit. tapi cibai la....bila aku lansung tak dapat score paper account. cilakerrrrr...sungguh hampa. dan masa form 4 dan form 5 la baru aku relise.aku sangat fuck subjek yang berkaitan dengan nombor.paper add math, math, account..memang aku tak dapat score.family aku pun tahu aku tak suke tiga subjek tu dan syukur ke hadrat ilahi, aku dikurniakan oleh keluarga yang sangat memahami.

so, bila ada time kira2 dalam perbualan family, memang diorang takkan harapkan aku lah untuk mengira melainkan kat tangan aku ade sebijik kalkulator saintifik yang dengan nama lainnya, aku gelarkan dia nyawa aku.

wakakakkaka

habis je SPM, aku bajek nak ambik perhotelan, sebab aku suka jadi receptionist. bukan suka..tapi teruja untuk jadi.

sebab ada baju cantik, make up cantik, mulut cantik, cakap cantik.semua cantik...so after SPM aku decide nak ambik kos hotel dan aku aplly UITM. tapi cita2 aku sekian lama itu gagal lagi sebab leterure Shah ALam sangat fuck aku rupanya.hahaha..dengan bangganya permohonan aku ditolak secara mentah.Baru aku tahu..untuk aplly kos tu, bukan harapkan rupa saja.....tapi slip SPM kau juga.

aku dpat tawaran belajar kat politeknik, kos bisnes. memandangkan aku sangat2 benci nombor, aku tolak secara diam2. surat tu aku buat unggun api, then aku bakar ayam atas dia.

kenyang dan puas hati.
hmmmmm....

after few months aku lepak rumah, makcik aku offer aku untuk jadi reception di kelab golf terkemuka yang sekarang dengar khabarnya telah disita kerana banyak hutang.hehehe...

aku pun kerja la kat situ about 1 and a half year. memang seronok. at least cita2 aku untuk jadi reception tercapai.
walaupun bukan hotel, tapi nama jawatan tetap sama.ada uniform dan kena mekap comel2.dah cukup.
hhehehe...

masa kau kerja situ, cita2 aku automatik bertukar sebab aku teruja pulak nk jadi personal Assistant.aku suka tengok assistan General Maneger(GM) aku kehulur hilir. pakai cun2 dan seksi2 dan ikut je bos pergi mana2.
*auwwwwwww*

semasa kerja kat situ, ada lah hamba allah yang terpegun dengan aku, wakakakakak, offer kerja dengan dia pulak..sebagai Personal Assistant. Alhamdulillah.

cita2 aku tercapai lagi.syukur.aku resign dengan alasan punya peluang pekerjaan yang lebih baik.

2 tahun aku kerja sebagai Assistant, seronok dan sangat2 bizibodi okekkkk!aku kena buat itu dan ini dan bos aku cuma duduk lepak goyang kaki je.mula lah aku pasang2 cita untuk jadi bos pulakkkkkkk!

sangat2 geli hati!wakakakak:))tapi aku matikan saja cita2 tu bila ekonomi gawat dan bos aku pening untuk buat projek2 dia.

kesian.

tapi tulah, org melayu, mana boleh harap sangat buat projek2 besar ni kan...

semasa dalam bekerja, aku dapat offer bekerja dengan pihak lain pulak.masa tu aku dah xdek cita2. aku terima je rezeki mana2.sebab aku dah penat bercita-cita. dan dah rasa puas untuk pasang angan2.

walaupun setengah angan2 aku tercapai, tapi apa yang aku bayangkan..tak jadi macam tu.
tahu???
tapi sebaliknya.

macam sekarang, kerja ni bukan macam aku harapkan.tak macam aku bayangkan dan tak seperti aku impikan.

lain.

aku dah taknak pasang cita2 lagi. aku nk macam ni je.

diam,
tak punya cita2,
tak ada impian
dan tak ada harapan.

macam sungai, mengalir mengikut alur sahaja, tak laju tapi mengalir secara damai. tak lurus tetapi tak berliku2.

hmmmm...

perbualan adik kakak:

kakak : adik nk jadi apa besar nanti?
adik : nk bawak lori sampah..boleh langgar semua kereta kecik.
kakak : bagus adik aku...besarrrrrrrr cita2 kau kan.

dulu, masa aku kecil, tiap kali orang tanya aku pasal cita2, aku jawab dengan bangga nk jadi tu ini, sekarang, bila orang tanya aku nk jadi apa. aku jawab nak jadi manusia.

tu je.



aku baru perasan selepas bace entri ni sampai habis.

*hidup aku dari kecil sampai sekarang, tak habis2 meniru orang.
wtf.



I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream


>rest in peace<













.

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS

SHIT