You make me feel so alive.
kehidupan sekarang, aku atau kau sama saja. berpandukan kepada 1 peraturan, mengikut pada satu kitab dan tujuan sama. Iaitu ingin selamat tika akhirat nanti.tidak dibalun sungguh2 bila seorang diri dalam gelap nanti.
betul kan?
atau kau sebaliknya?lebih berani untuk mengatakan bukan?tapi aku rasa tak pelik dan mustahil pun untuk kau kata tidak. sebab hati kecil aku juga seringkali bermonolog sendirian.yang kehidupan ni perlu ada jalan cerita yang lain, sedikit berbeza dan adventure sikit. Baru seronok.kan?baru la boleh dikatakan indi dan rock sikit.
tengok lah, aurat perempuan sekarang dah macam trend.
tak campur bergaul bebas sesama sendiri.
Al-Quran terbaring sepi dan sejadah sudah sunyi mati nun dihujung tembok sana.
arak dah jadi hidangan utama.
meratah sama sendiri tu dah kira normal.
baru la berani beb,
baru la KL,
baru la remaja...
yeahhhh......
Mr Arsenal baru lepas membebel pada aku, minta aku berpakaian sopan dan berpurdah bagai.
aku diam saja.
kelu.
kadang2 apa yang dikatakan, satu persatu yang masuk keluar dari corong telinga aku, ada kalanya betul.ada separuh yang benarnya.
sungguh.
Makcik ofis offer tudung ARiani half price.
tapi aku masih mampu bagi senyum sumbing aku saja.
bisu.
mati aku disitu, sepi aku ditengah2 ramai manusia.
Hati gerun juga, tapi dah tak boleh buat apa. jiwa tertekan juga, tapi mahu bikin bagaimana.Tapi walau macam mana pun kau hadapinya, walau apa pun yang berlaku. kita tetap cari yang satu itu. memang kau akan cari. aku pasti sekali.Jangan nafikan, sebab aku pun macam tu juga.
pedoman,pegangan, atau kata nama lain?bunyi runutnya berlainan,tapi makna tetap sama.
kehidupan berlandaskan satu sebab, dan sebab punya satu alasan yang sangat kukuh untuk pertahankannya.setiap kesalahan yang kita buat, setiap dosa yang kita lakukan, setiap bencana yang kita ciptakan, setiap perkara negatif yang dah kita sama2 satukan dalam kehidupan punya alasan juga.
alasan yang kukuh,
kita bukan tuhan.
kau pun bukan.
To Mr Arsenal : sory ;(
Kuantan - Gombak - Kuantan
saya nak halang, sebab saya tak nak mati masa tu. saya cuba pujuk awak, tapi awak tak peduli. saya cuba tenangkan awak, tapi awak jerit2. saya diam, dan cuma mampu tunggu mati.dalam kepala cuma ada muka abah. dalam hati cuma ingat dosa. sempat juga main imaginasi, macam mana kena balun sorang2 dalam kubur.peh... perasaan?toksah cakap lah....memang sampai mati lah saya berjanji takkan jadi drifta kereta.
awak, bila kita nak share budak comel tu ha? (-_-")
- c.h.a.r.l.i.e a.n.g.e.l.s -
melayu sendiri bangga mengaku mundur.
kenapa tak ambil tiket terus pegi & balik?
soal budak hensem dan comel dari Melawati.
err, saje..semalam pegi pudu.jem gila.terus balik.
jawab budak kuantan yang poyo dan cun.
nilah melayu, suka melengah2 kan sesuatu yang penting.
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru.
tak apa...tak penting pun pasal tiket tu.tak jadi masalah.lagipun bukan takdek terus.cume lewat.
jawab budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.
sebab tu melayu mundur, semua lambat.
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru yang bagi number fon pakai bisnes kad recycle.
saya sekarang sedang duduk dihadapan seorang lelaki MELAYU.
tegas budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.tapi masih hot stuffed di Dataran Merdeka.
saya tahu saya melayu dan tak malu kata melayu ni mundur.dah memang mundur.kenapa nk nafikan?
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru yang bagi number fon pakai bisnes kad recycle.bawak pula kawan yang tak pernah minum di old town tapi buat2 konfiden.
saya tak mundur pun. awak je. saya melayu tulin. awak mungkin melayu yang terlebih 'asli'.
tegas budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.tapi masih hot stuffed di dataran merdeka.redah uptown dan jalan TAr semata2 nak cari sehelai tudung.wtf.
melayu, selalu berdalih..
kata budak hensem dan comel dari melawati yang bawak my-v biru yang bagi number fon pakai bisnes kad recycle.bawak pula kawan yang tak pernah minum di old town tapi buat2 konfiden.sampai minum kopi 'o' terlupa nak isi gula.ingatkan auto.hehehe....
topik tu sangat junk.sampah.can we talk about other things?
tegas budak kuantan yang poyo dan cun.tapi perut sedikit berlipat2.tapi masih hot stuffed di dataran merdeka.redah uptown dan jalan TAr semata2 nak cari sehelai tudung.wtf.tapi akhirnya terjumpa mamat yang sangat comel sampai buat dia terlupa akan Mr Arsenal yang tak berapa nak setia nun jauh dihujung sana.
Bila masa dan ketika melyu mahu dimartabatkan sedangkan penganutnya sendiri berbolak balik dan tak yakin pada kemampuan sendiri.
biarlah aku mundur dalam dunia yang aku reka sendiri, dari terlalu maju dalam dunia kau sampaikan nak minum kat old town pun pesan kopi 'o' je.sebab mengangur.
lol!
0817am - 23 july2009
curently : all dis stupid shit junk i just take it for granted.tak peduli dan tak nak ambil tahu. hidup aku saja sudah terlalu rumit, terlalu rumit sampai aku pun dah rasa give up gila.tak apa..kuat nak.
off record.
i'm back;))
mak jadi mak lagi, aku ade 9 adik baru.*sigh*


okey dad, u can do anything to them, just anything but dun throw away. they just cute like me. pretty like me. girly like me. smart like me.and akan habiskan duit abah same like me too.

haish, just miss my tommy, miss my lil tommy junior.miss my lil sarah,miss all of yuuuuu....!!just miss them so much!!
2 syaaban 1430
tomorow get through to KL, tungggguuuu...
currently : shopping time.
*sigh again*
byeeeeee!
21 JULAI 2009
30 minit yang lepas : siap solat, selepas diajak oleh seorang budak praktikal Kolej Islam Pahang. Harap maklum. dan solat bersama budak itu, sungguh asyik, sehingga sudah sampai tahiyat akhir pun tak perasan. benda wajib pun aku boleh buat main2, inikan pula yang haram.
selesai sudah, tnyakan pada makcik se'ofis.macam mana niat solat 'istiqarah..banyak betul soalan2 dalam kehidupan aku yang sentiasa butuhkan jawapan.
30 jam yang lepas : baru sedar, dunia yang aku tinggal sekarang, tak seronok mana, rumah yang aku duduk ini, tak hebat mana, kerja yang aku sedang buat ini tak glemer mana. dan My Mr Arsenal, tak hensem mana.Jadi kepada muka2 bangsat, sila lah tersenyum puas, sebab hidup aku sentiasa berpandukan pada skrip. bukan spontan.
30 hari yang lepas : terbit sudah 2 sinopsis ringkas mengenai seorang adam dan hawa. sedkit, hampir2 dan perlahan. ;))
30 Bulan yang lepas : diam, tunggu dan berharap.
malaikat, sy rindu awak.
Rindu kali ni tak macam saya rindukan peluk ibu semasa saya kecil, semasa tidur dan hujan lebat. Rindu kali ni tak macam rindu usapan ubun2 dari seorang lelaki bernama Ayanda. Rindu ini tak serupa rindu pada waktu kecil, berkelahi berbalah sama dua kanda yang tinggi2 dan besar2. Tak sama dengan rindukan adik perempuan yang dulunya mesra berjenaka, bercerita tentang picisan yang sangat2 diperlukan. Rindu ini tak seperti sama dengan rindukan Ben-10 yang dulunya kecil saja, comel dan halus, tapi penuh dengan kasih sayang. Rindu kucup dia, dan rindu dikucup dia juga.
Rindu ini tak macam saya rindu sama sejuk wudhu,rindu pada harum sejadah, tak macam rindu pada halusnya kain telekung, tak seperti rindunya saya pada purdah suci, tak seperti rindu pada alunan Al_quran. Rindu sangat pada awak.
kalau saya jumpa awak, saya nk cerita, hati saya ni dah makin sakit. nak minta ubat.minta penenang,kalau jumpa, saya nk cerita semua, pasal ayah, pasal bonda, pasal semua. Kalau jumpa, saya nk cerita pasal kucing2 semua, semua sihat.kalau boleh juga, sy nk minta awak pulangkan balik yang dah awak pinjam. Awak x boleh pinjam sesuatu yang saya sayang selamnya. Tak Boleh tahu?
tapi saya tahu, awak takkan peduli.
Rindu ini juga tak sesakit merindui dia yang semakin goyah ni, tidak juga seperit merindui dia yang semakin kurang ini, Tak sepedih merindui dia yang semakin menghilang ini. Tak sesentap merindui dia yang semakin menipis ini.
'awak tak takut ke?orang rampas saya dari awak??'
saya tanya ni, jawab lah.
it's so good until it goes bad ;))
waiting.
aku selalu diajar, supaya untuk meluahkan sesuatu.
jika tak puas hati, aku punya hak untuk bersuara.
jika aku marah, aku boleh menjerit sekuat hati.
jika aku sedih, aku akan menagis.
jika aku gembira, aku bisa tersenyum sambil ketawa.
itu semua eksperesi hati, dirembaskan dengan cara fizikal.
tapi sekarang semua tu dah macam tak berguna lagi, apa yang aku tahu..semua tu tak boleh nk buat, kerana kewarasan akal tak boleh menerima eksperesi berbentuk begitu.ada sesuatau sebab yang menghalang segala penerimaan itu.
tak boleh nk menjerit, nanti derhaka.
tak boleh menagis, sebab akan nampak kesuraman.
tak boleh menjerit, nanti semua kebenaran terpancar.
tak boleh nk ketawa, sebab hati lansung tak gembira.
dunia sekarang nampak sangat dah seakan memberontak. macam dah makin worst. even worst, bila aku sendiri dah tak mahu peduli akan kekejaman dunia terhadap diri aku.ketidakadilan dan ketidakwarasan dunia semakin jelas. dah tak sembunyi2 lagi.
melampau betul.
hari ini, aku terasa mahu ingin dilahirkan semula. kecil comel dan suci.bersih. aku tanda pada calender. 15 Julai 2009, aku mahu dilahirkan dengan iringan corak nafas yang sama seperti dahulu, cuma bezanya, sudah tiada penganiyaan hati..penderaan jiwa dan kezaliman terhadap perasaan.
dalam kehidupan aku, aku lebih didorong untuk menganggap lelaki itu cuma picisan. aku boleh hidup tanpa mereka. tapi sampai sekarang aku tak pasti yang 'mereka' itu terdiri daripada siapa?kerana yang aku tahu sekarang, aku memang tak boleh hidup tanpa Ayahnya, tak mungkin aku boleh mampu bernafas tanpa Adik lelaki aku, Ben-10 dan dua kekanda aku. dan sekarang. wujud seorang lagi...Mr Arsenal.
mungkin aku perlu biarkan persoalan itu tanpa sebarang jawapan.
sudah berapa kali agaknya, rahsia yang bukan rahsia terkeluar satu persatu dari mulut, tuju kepada seseorang. walaupun tak pasti hatinya bagaimana, walaupun kejujurannya masih aku angap samar2, tapi aku dah dalam kategori terpkasa.
ceritakan dan hamburkan saja. aku rasa itu tindakan yang paling baik.
mungkin.
sebab aku tak kuat seperti yang kau fikirkan.
tak kuat mana pun.
awak,rahsia kita okey.
:senyum:
spekulasi naluri?
Pagi2 lagi aku dah sebok2 tanya pasal gaji aku, dah 2 bulan stuck.%$%&^&%#$.sabar jelah. tapi kadang2 tak boleh nak sabar jugak sebab kawan2 dah sebok kata baru lepas shoping kat Sogo, ade yang dah habis ribu riban kat Ariani, alamoda dan senagkatan dgnnya.erghhhhhhh!!.%$%&^&%#$.
tension tahap otromen.
mood : miss my lil Qaisara part 2
untitled
peh.

lambat lagi ke aku nk jadi seksi macam ni.
Hai awak.
seronok.
tapi sekejap.
ada sahaja yang mematikan keseronokan aku. memang selalu ada!
kesian dengan ben-10.pagi2 kena marah dengan abah.kesian.Tringat dulu2..bila abah pukul aku. aku benci.terus pasang niat..bila besar nak hantar abah pegi rumah orang tua. bila mak pukul, pasang niat bila besar nanti nk jadikan mak orang gaji.masa kecil lah. bila dah besar..takdek masa nk fikir, takdek masa nak ungkit2.
siapa aku sekarang, hasil tampar mak dulu sebab buat anak kesayangan dia. berdirinya aku sekarang, hasil bebel abah selama 20 tahun sebelum.senyuman aku hariini, semuanya hasil menangis aku dahulu.
masa kecil.kehidupan semua berpandukan kepada cerita tv.semua ikut tv. tv kata serbuk putih itu dadah, terus kata tepung buat cekodok tu dadah. tv kata jangan bazir elektrik, terus tutup plug oksigen ikan emas abang sampai timbul semua.tv kata Normala Shamsudin khawin, semua pergi serbu rumah. tv kata tonton lah wonderpet, semua sibuk nyanyi lagu itik busuk tu.tv kata esok raya, semua raya.semua tv.
tapi sayang, tv tak pernah kata yang dunia ni akan adil.
yang selalu kedengaran cuma 'keadilan'
wtf.
tapi sekarang, tv tak habis2 sebut pasal h1n1 dan arwah michael.
rasa macam nk campak dari tingkat 5 ke bawah je tv tu.
piring astro jadikan bomerang:)
Abang programer kat belakang hawt gilerrrr!!seksi tauuu!!
bertambah2 hot bila tengah serius.
lagi lagila hooot bila buat muka berlagak.

currently : dah tak hot lagi sebab tak makan durian.dan sangat2 tak seksi sebab bau durian pun tak boleh.
ergh!
THE MESSAGE : FAKE IT
tapi sekarang. aku betul2 punya masalah. masalah keluarga. masalah ibu dan bapa. masalah hati, masalah jiwa.Penat sungguh fikir sampai aku dah rasa malas lansung dah nk fikir. nak jadi seorang yang tak ambil peduli lansung. nak jadi tunggul di antara denai2 yang tinggi, nak jadi bodoh dalam kelompok genius. tak apa lah...rasa macam tiada penamat macam yang aku sentiasa harap kan setiap kali aku menyanyi lagu My Happy Ending by Avril.
Bila masalah timbul, pekara pertama aku buat adalah menunding jari. aku TAKKAN mengaku yang punca nya dari aku. Takkan sesekali. Buat apa mahu pikul beban yang boleh orang lain pun pikul.??sekarang aku salahkan dia, sebab tu, aku salahkan dia sebab ini aku salahkan dia sebab itu dan ini. kau kena terima, sebab kau adalah punca.kau!
harini aku kerja berdua, yang lain dah jauh merantau...aku masih disini. nak kata setia..tak pun..nak kata takut...lagi lah bukan. cuma aku pasti ada yang menahan aku. stuck.
bodoh, stuck dalam kehidupan sendiri, stuck dalah jiwa sendiri. stuck dalam perasaan sendiri.boleh mati aku macam ni. mati dalam bahtera jiwa yang nakhodanya diri sendiri.
kadang2, setiap permasaalahan aku nk je anggap semua tu palsu...cuma mimpi. esok aku bangun dari tidur, bangkit dari cerita semalam..semua tu akan hilang.
tapi macam mustahil.
yelah, memang betul...aku ni bodoh.selalu harapkan semua ni cuma palsu dan sentiasa harapkan miracle walaupun dah tau tu semua tipu.
ye, aku bodoh.
aku mengaku.
bodoh2 aku banyak gak duit. dari kau:)))))
- Kita memang selalu berada di tengah2 antara kepercayaan dan pegangan.
serius...dia mirip aku.
sgt2...
wink*wink.
Tak habis satu cerita, datang lagi satu cerita.yang menyampai pula beria excited dari aku. yang tukang cerita pula terlebih emosi. dan yang si panglipur lara pula terover suruh rahsia.
syhhhhhhhh!jangan cerita kat sesiapa tau.
Okey, aku janji.....
(sambil cross finger)
tak habis2 ...suka cerita pasal aku. tapi tak apa...aku kat sini just chill n take it easy je.semua just jadi bahan ketawa aku saja.
korang memang bodoh.
kesian.
mood : miss my little Qaisara so much:)
tapi lepas buat eksperimen sunyi2 dan diam2...baru aku tahu..
aku dah tukar URL.
Harap maklum.
semalam rabu, tapi aku sangka hariini masih rabu.aku terlambat sehari.aku selalu terlambat.Penat juga...asyik terlambat dan selalu ketinggalan..
Pagi tu aku tengok abang aku yang superb poyo tu pakai baju batik.aku tanya mak,
'kenapa si kering tu wat ngok pakai baju batik hari rabu?"
sunyi.
mak aku diam saja, sampai ofis..baru aku sedar.yang ngok tu aku sebenarnya. semua staff pakai baju batik aku sorang pakai baju bunga2 warna merah.
gile colourfull.
minimize*makcik cleaner datang.
sambung balik.
semalam jugak aku rasa macam bullshit sangat.H call aku tiba2 minta kepastian hubungan aku dengan Mr.A,budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem .aku cuma ketawa dan gelak2 bila H kata aku penah having affair dengan Mr.A,budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem.
gila gamaknya.
mmg gila, bukan gamak lagi.
H cakap cerita aku dengan Mr A budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem dulu tengah hot sekarang. meniti dari mulut ke mulut.
aku senyum,
'salah satu mulut tu, mesti mulut kau kan'
dia diam.
sunyi.
peh, Mr A budak sekolah aku yang dulu aku fuck gila dan sangat2 tak hensem telah dikaitan dengan aku.
ayat H yang paling tak boleh blah.
'kau kawan aku, so aku just nk kepastian.....
'sebab kau kawan aku lah aku cerita kat kau....
'takpelah, aku call A..tnya dia plk.....
'eh, kau jangan cerita pada sapa2 tau....kita kawan kan?'
wtfwtfwtfwtfwtfwtfwtfwtf.
cerita semalam jugak,
Mr S fon aku, ajak keluar.dan tiba2 soal pasal boipreng.aku kelu. tiba2.
Bf kau budak mana?
aku lone ranger.
(dalam hati, Cendrawasih)
wow, A tu?
diam.
cerita ni aku tak pasti bila klimaxnya. belum nampak macam nak berakhir lagi. Eh..kau...kalau cerita tu sampai ke tempat kau. tolong khabarkan.
sebab sekarang, aku tak banyak cerita mahu dijadikan bahan ketawa dalam hidup aku.
tolong ya?
hehehe....
VIRUS
SHIT
-
▼
2009
(124)
-
▼
July
(15)
- You make me feel so alive.
- Kuantan - Gombak - Kuantan
- melayu sendiri bangga mengaku mundur.
- mak jadi mak lagi, aku ade 9 adik baru.*sigh*
- 21 JULAI 2009
- malaikat, sy rindu awak.
- it's so good until it goes bad ;))
- spekulasi naluri?
- mood : miss my lil Qaisara part 2
- untitled
- Hai awak.
- Mr. Arsenal
- THE MESSAGE : FAKE IT
- - Kita memang selalu berada di tengah2 antara kepe...
- mood : miss my little Qaisara so much:)
-
▼
July
(15)