aku makan satu persatu pahit yang kau lemparkan.

dan satu hari nanti.aku akan ludah tepat atas muka kau.satu persatu pahit yang dah kau bagi. aku takdak masalah untuk menggunakan sifat dendam aku. im good on it. cuma aku tak reti bagaimana mahu menggunakan sifat tu ke arah yang lebih molek.dalam erti kata lain, ke arah kebaikan.

orang kata, dendam tu tiada yang moleknya.
tidak ada yang bagusnya.
tak pernah ada yang baiknya.

tapi tu lah.dalam bodoh-bodoh masih lagi mahu bersuara.
aku tak mahu ulas banyak-banyak pasal bodoh.cetek ilmu.pandangan.komen.buah fikiran.ilmu

buang masa.
tolong lah.
period pain buat aku makin rasa nak bertumbuk dan berdendam dengan perut ni.

3 : 04 PM

Bila aku mula fikirkan pasal komitmen, cita-cita dan masa depan.semuanya menakutkan aku.sebab sampai sekarang, aku masih lagi belum nampak apa-apa kelibat. bau kejayaan ataupun benda-benda yang berkaitan.tak nampak apa-apa yang aku harapkan lagi.

benda-benda tu selalu buat aku tak tidur malam. daripada umur dari satu nombor, jadi dua nombor dan kemudiannya berubah pada angka yang makin banyak. benda-benda macam ni buat aku jadi sakai.

aku selalu fikir sesuatu yang mustahil, yang terlalu indah dan sangat mengasyikkan. orang kata tu angan-angan mat jenin. ah.tak kisahlah. janji tidur aku lelap.bibir senyum juga, walaupun sekali.

semalam, selepas aku post something yang berkaitan dengan fakta 'Friends Forever', ramai pulak yang tiba-tiba rajin nak buat super savers. call aku tengah2 malam.cakap rindu, mengaku sayang dan janji kawan sampai mati.

kau buat super savers??
eh, tak lah.apa baranggggggggg.
ok,

Aku tak kisah. apa yang aku cakap semua itu datang daripada hati. aku cakap bila aku rasa betul dan aku bersuara bila aku rasa nak bercakap.aku tak tagih simpati dan aku tak pernah butuh sebarang perhatian. aku dah cukup apa yang aku ada.cuma terkurang sedikit tapi bukan jadi satu masalah.hidup aku sekarang terlalu rumit untuk aku rungkaikan satu persatu. jadi kamu jangan datang dekat aku, dan kata ada masalah duniawi.

aku takkan pernah peduli.

aku sms intan, setiap kali berbual,setiap kali aku sms.aku akan kata aku sayang dia. mungkin aku memang betul-betul sayang.

memang sayang lah kot?
walaupun dia selalu panggil aku pola bear.
haih.
sepet betul.

sorang lagi. bantuan pernafasan aku. penyambung nyawa dan pemutus duka.
erm.
bila nak lunch sama ni.

when your best friend is now ur best enemy.

Dah lama gila tak cerita dekat sini.betul.dah lama.aku tak tipu.sebab aku pun tahu.sepurnama sudah. tengok entri las. masih ucap selamat hari raya.padahal harini, syawal dah lama habis.

tak kisah la, tak ada siapa peduli. dan aku pun tak pernah nak kisah sangat.

life sakarang tak berapa nak stabil. banyak hati yang terluka sebab aku. banyak jiwa yang terasa dengan sikap aku dan banyak yang bersedih dengan ada nya aku dalam kehidupan mereka. banyak yang regret wujudnya aku dimuka bumi ini.

hm.nak kata pa lagi.dah memang betul.
now, kena betul2 belajar cara nak menerima takdir.walaupun susah.

aku tahu, kata-kata aku banyak yang rasa peritnya.
aku tahu, hati aku sering memberontak.tak kira masa dan ketika.dengan siapa atau dimana.
aku tahu, banyak jiwa yang tertekan dengan sikap aku.

im just being me.
and you know what,
ai fak gilew2 owang y owes prentending. (cakap stail budak2 sekarang)
sebab bagi aku, mereka tu tak tetap pendirian, hipokrit dan tak punya perasaan.

sekarang tak nak lah banyak cakap pasal hidup-hidupan-penghidup.sebab mati tu pasti.

Bila aku mula bercakap pasal kawan, pasal sahabat, pasal teman sekepala dan sahabat sejati, banyak benda senstiviti yang kena jaga, banyak hati yang perlu aku jaga. banyak wordings yang perlu hati-hati.and aku jugak tak pernah terfikir pun nak list kan senarai kawan-kawan baik aku.

sebab, aku tau.ada yang akan terasa.

macam aku cuba listkan sekarang,



.



hish, sumpah tak berani.
tapi memang betul.aku sepatutnya tahu dari dulu-dulu-dulu lagi.

'Friends Forever' tu semua junk. plastik dan cuma janji kosong.janji yang dibuat pada kata-kata. pakai air liur free. janji yang dipahat pada meja kayu masa sekolah dulu.yang sekarangnya, meja tu dah tak pakai dah.orang pakai meja plastik dah pun. janji yang ditulis pada baju sekolah putih masa hari terakhir bersama.masa last paper SPM.balik2 kena maki, sebab adik masih ada yang bersekolah. nak kitar semula.kononnya ;)

semua omong kosong.
haih.

rindu.duduk sama-sama dan cakap pasal lelaki picisan.
cakap pasal hati.
cakap pasal perasaan.
mengadu pasal keluarga.
cerita pasal adik yang anoying.
kata budak tu dan budak ini.
gelak sampai guling2.

tapi.sekarang macam dah lain.
macam yang selalu aku cakap.

dewasa sentiasa jadi satu penyakit.

awak, sekarang hubungan kita dah punya barah.
hati saya sakit. hati awak saya dah tak peduli.
mana janji 'Friends Forever' kita?

okey.
im done.
take care, kawan.

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS