Hold Me Tight!

Masa kecil dulu, aku takut betul dengan hantu. Mak+Abah pulak always saiko aku pakai kata nama hantu.Benci betul. Macam kalau aku tidur lambat..Abah akan cakap, nanti ada hantu datang. Kalu aku makan nasik tumpah2, mak kata akan ada hantu kutipkan nasi tu, then malam2 suruh kita makan.

Sumpah.
Takut nak mati.

Ingat lagi, dulu2, masa kecil...kalau aku takut tidur sorang2..aku akan ambil note pad ke, kertas A4 ke..ape2 lah yang boleh tulis dan banyak.Aku akan tulis banyak2 nama 'Allah' dalam bahasa jawi. Kemudian aku tampal pada tingakap, pintu. Kononnya hantu tak boleh masuk lah.

Konon je lah.
biasalah, masa kecil..masa tengah bodoh dan waktu2 senang diperbodohkan.

Masa besar lain pulak cerita nya, masa umur dah boleh kenal dunia.Masa dunia dah tak boleh nk bodohkan aku lagi.

Sekarang, perkara yang aku gerunkan adalah manusia. Benda yang aku takutkan adalah manusia dan yang paling aku sentiasa cemaskan adalah muka2 bangsat tu.Sekarang, hidup aku sentiasa lari2 dan sorok2. Sebab takutkan 'mereka' tulah.Waktu nak makan, mata masih liar2 cari, takut ada 'manusia lapar'. masa tengah ketawa2, sentiasa cemas bimbang 'manusia bengis' datang. semasa tengah lapang, takut betul kalau2 'manusia sempit' datang.

Manusia.
Paling takut, bila tengah aku ingat Tuhan..ada manusia menyesatkan aku.Tu yang paling aku takut dan risaukan.

Masa macam ni lah yang buat aku terfikir manusia ni sama taraf je dengan hantu, ataupun lebih keji.Sekarang masa untuk aku lebih pandai menilai untuk buat keputusan. Sentiasa sedar dengan naluri dalaman.Perlu lebih teliti nak buat perubahan. Kena sentiasa alert dengan perubahan2 sekitar.

Sebab manusia disekeliling aku ni, sentiasa cari peluang untuk jatuhkan aku. Muka2 di kiri kanan aku ini sentiasa tunggu peluang untuk rosakkan aku. Jiwa2 disini sentiasa tunggu untuk 'matikan' jiwa aku. Hati dan naluri manusia disini sentiasa tunggu untuk busukkan hati aku. dan aku dapat rasa, 'mereka' seolah2 sentiasa tunggu masa yang terbaik untuk bunuh aku.

what a fucked up time.








Wonderpet.
Tolong saya.saya tak besar dan tak kuat.



"seorang WANITA , umpama sekuntum bunga ditaman,Segar mewangi dipelosok dunia,setulus kasih sesuci embun. lembut WANITA kerana tutur katanya,patuh WANITA kerana setianya, cekal WANITA kerana beraninya,sabar WANITA kerana imannya.kasih WANITA kerana belaiannya,lemah WANITA kerana air matanya,ikhlas WANITA kerana simpatinya,dendam WANITA kerana cemburunya,sayang WANITA kerana sifat keibuannya,dan...tanpa WANITA lelaki lemah ,kerana WANITA lelaki kalah.. "

Tinggi sangat

ini cerita hariini.
sayang,
sampai disini saja, jaga diri dan peribadi mu itu, kerana itu sahaja harta yang perlu kamu mulia dan banggakan.

ini cerita semalam.
hujan lebat, aku masih lagi mati dek tawa muka2 di kiri kanan aku ini.Aku masih lagi membisu di celah2 manusia2 ini. aku masih lagi diam dalam hingar bingar alam ini.masih kelu dalam riuh cerita jiwa2 puitis mereka ini.

bosan.
aku cuba untuk berdiri, tapi lemah. Aku cuba untuk bersuara, tapi kelu, aku cuba untuk ketawa, tapi sunyi, cuba juga untuk berbual, tapi kosong.

aku rasa aku belum cukup tinggi lagi, masih belum cukup besar.aku aturkan kaki....aku mahu lebih tinggi dari mereka, mahu berada diatas. Penat aku duduk dibawah, tak punya hasil, sedih sentiasa dibawah, seperti tiada pengaruh, tak suka berada dibawah, macam orang yang tak berguna.

aku keluar, aku tegur hujan, lihat hujan, kira titis hujan, senyum pada hujan,dan lambai pada hujan.
*puas*

tapi baru tersedar aku masih lagi dibawah.mengeluh sendirian.
aku naik ke tingkat 7, rasa tinggi sedikit, rasa dihargai sedikit, rasa macam orang atasan, rasa ramai orag bawahan.Bila sudah diatas, aku jadi lain pula. Kesian untuk pijak lebih2, fikirkan org dibawah. Gerun mahu menghentak2 kaki, bimbang sakit umat dibawah. takut hendak berlari2, risau orang bawah sakit dihenyak2. Aku jengah keluar tingkap, lihat banyak manusia dibawah. Semua menjengah ke atas. Melihat aku....terdongak2, mahu memandang aku. aku pula rasa begitu naif, terpaksa menunduk mahu melihat, terpaksa tertunduk2, mahu menegur.


Tapi masih belum cukup puas, aku pergi kesebelah pula, mahu mencuba jadi lebih tinggi, kini aku sangat tinggi.Paling tinggi, semua dibawah.aku saja diatas.aku jadi riak, cepat2 aku tunduk, aku jadi bangga, lekas2 aku diam, aku jadi sombong, cepat2 aku beristiqamah.aku jengah keluar.Kosong.....tiada siapa.aku jerit2, tapi tiada siapa yang dengar, aku lambai2,tapi tiada siapa pun yang nampak. aku senyum2, tapi aku seakan berilusi.

Bodoh,
aku turun bawah bersama rasa hampa. aku turun bawa rasa curiga. aku turun bawa seribu rasa.
Baru terasa.

Bukan lah sedap mana pun bila tinggi, bukan lah sucks mana pun bila rendah.
Aku dapat rasa, manusia yang tinggi2 darjat tu semua, semua mahu nk duduk dibawah kan?
Yang berada dibawah sibuk mahu naik junjung.
haish.

manusia, tak pernah nak puas.





awak,
ade lelaki tingkat 2 mintak number fon awak.saya ingat dia suka pada saya.Rupa2 nya gunakan saya je. Takpe, awak jangan rasa bersalah dengan saya, Saya bagi nombor telefon awak ye. Dia cakap dia nk keluar minum dengan awk. Untung la awak, sebab dia sangat hensem.
jangan marah kalau saya cemburukan awak ye.




saya bagi ye.



:)

.

Banyak sangat benda nk cerita, sampai dah tak tahu nk isi tajuk apa. Banyak benda yang nk dipertikaikan, tak tahu nk mula dari mana. Banyak fakta yang nk aku autakan, tapi tak pasti kerja orang betul atau gila. Banyak benda waras yang aku tak mahu percaya dan tak nak ambil peduli. Banyak benda yang nak mula dulu..tapi tak tahu nak akhirkan macam mana. Banyak muka yang aku nak tampar, tapi tak tahu siapa yang patut kena dulu. Banyak jiwa yang perlu aku sayang, tapi tak pasti perlu atau tidak. Banyak perasaan yang perlu aku jaga, tapi macam sia-sia. Banyak manusia yang perlu dihina, tapi aku tak pasti tahap hina aku lebih atau kurang dari mereka. Banyak bangsat yang perlu aku ajar, tapi aku rasa buang masa. Ramai muka sombong yang perlu aku maki tepat atas muka, tapi rasa macam mereka tu useless, tak berguna lansung pada aku.Banyak keputusan yang perlu dibuat, tapi takut. Banyak benda yang butuhkan jawapan, tapi masih kosong dan kelam. Banyak mulut yang nk aku tutup, tapi aku tak pasti mulut siapa punca. Banyak perkara yang aku harapkan keajaiban, tapi rasa macam bodoh.Banyak manusia yang cuba aku sorokkan, tapi aku masih belum pasti mengapa dan sebab apa. Banyak benda yang perlu aku ubahkan, tapi aku tak tahu untuk siapa, tak pasti untuk apa dan tak tahu mengapa.

Banyak,
hmmm.....

Banyak sangat.

Tolong ya, siapa yang hilang suami..sila telefon aku. Mungkin ada disebelah aku. Tolong ya, siapa yang rasa suaminya curang, tolong email dimulakan dengan salam, biar aku cek dengan sopan dalam senarai lelaki yang pernah aku mainkan. Tolong ya, pada yang fikir aku ni perampas, oh tidaklah. aku ni perempuan baik.Tolong ya, siapa yang rasa aku ada hati pada boifren dia, tolong beritahu...dan seperti biasa, aku akan nafikan,dan harap cakap elok2. Sebab kalau aku panas hati....aku akan sumpah pada diri sendiri, yang aku akan pastikan kau takkan bahagia sampai mati.

dan ya, aku lagi sekali digosipkan dengan suami orang yang sangat kaya.dan ya..aku masih lagi terdengar cerita yang aku masih lagi dikaitkan dengan boifren orang.

haih,
tak habis2 la kamu ni semua.
tak penat ke???















Bodoh.













.

Hari ni aku bekpes dengan buah salak free dari Lipis.

Hari ni Ben-10 exam, adik aku (bongsu)..mid year punye exam. Sepanjang2 jalan dari rumah ke sekolah..Ayah aku tak habis2 suruh adik aku dapat straight A, adik aku masih lagi buat muke toye dia...aku pulak yang presure gila.

Dia belikan adik aku roti mahal, untuk breakfast, dia belikan air Pepsi, walaupun aku boikot. Dia belikan Pensil 2b gred A walaupun mahal.Dia belikan pemadam rm1.50 walaupun pemadam 20 juga berkualiti.Dia belikan pensil warna walaupun adik aku dah ada.

Dengan harapan, Ben-10 akan dapat straight A.
Tinggi betul harapan beliau terhadap Ben-10 walaupun dia sebenrnya tahu tahap iQ Ben-10 tu tahap mana.

Tetibe aku teringat balik, time exam..aku menyampah gila nk cakap kat mak ayah aku.yang aku exam.kadang2 aku sendiri kumpul duit nk beli pensil 2B, aku study diam2 dan aku tak makan sebab kumpul duit nak beli kalkulator saintifik.

sebab ni la!
family aku bukan orang susah, tak jugak senang.

ayah aku tak habis2 bagi harapan yang sangat2 tinggi, sedangkan dia tak tahu iQ anak dia ni tak lah sebagus mana.

aku menyampah betul bila pagi2 nk pergi sekolah, ayah aku wat presure.masa jawab paper..aku teringat kata2 dia.

dia bukan bagi kata2 semangat, tapi dia lebih kepada mematikan semangat aku.

ayat biasa =

Hari2 Abah antar ambik, bagi lah sikit A kat bah ni....

Hari2 bah bagi belanja, cuba lah tunjuk sikit yang kamu tu pergi sekolah.

Agak2 berapa target..??boleh buat abah bangga??

Taget tinggi sikit.....biar berbaloi apa yang dah bah laburkan pada kamu.

Anak kawan bah, dapat straight A...suka betul ayah dia.....kamu bila lagi?

dan lain2 lagi.





Aku tak nampak lansung ayat kuat semangat, lebih kepada ayat mengungkit ada lah.
hmmmm....

tapi dulu lah.
sekarang...

Apa yang bah nampak sekarang, nilah hasil dari ambik hantar bah selama 11 tahun kakak sekolah, apa yang bah dapat dari kakak sekarang, semua hasil dari belanja bah pada kakak 11 tahun dulu.

semuanya.

semua sekali.

Siapa kakak sekarang, kat mana kakak sekarang dan apa kakak sekarang, semua hasil dari titik peluh Abah dulu.
Terima Kasih...


Hoih Ben-10....!!Gud Luck okey.
walau ape pun result kamu,
i JUST CANT STOP LOVING YOU...:))
Love u...
Always....
hmmm.....

The hardest thing to do is doing nothing - Grissom

aku serius sekarang,
aku semakin benci kerja aku.

aku fikir semakin hari aku kerja, aku semakin boleh terima dengan kejutan2 kerja aku ni, tapi aku silap.aku tersilap andaian. tersilap buat telahan.aku tak pasti ending cerita ni, sangat klise.

hari hari hari yang lepas cuma lah2 hari2 worst aku,dan hari ini aku decide untuk buat keputusan yang aku benci gila kerja aku ni.

bunyi agak kasar.

tapi nilah hakikat.aku semakin benci dan memang tak mustahil aku akan bertambah2 benci.aku dah rasa macam orang bodoh.buat kerja terpaksa.aku dah rasa macam loser gila sebab buat kerja tak ikhlas dan rasa sucks gila sebab buat kerja yang aku tak suka.


aku takdek masalah dengan muka2 dalam jabatan aku ni,sebab aku just anggap muka2 ni cuma lah gambar2 kosong dan useless.tak berguna pada aku.aku takdak hal dengan makcik2 dalam bilik aku ni, sebab aku just anggap diorang ni sahabat saja. bukan teman sehidup semati.aku mmg xdek problem dengan bos2 aku...bukan sebab mereka treat aku nice...sebab at least diorang tak menyibuk hal aku.

tapi ada lah sikit.


aku cuma benci gila kerja aku.
apa yang aku buat hari2 ni.
apa yang aku kena hadap tiap pagi sampai petang.
apa yang aku kena fikir setiap pagi.
apa yang aku kena siapkan setiap petang.

aku cuma benci semua tu.


Loser!
kau loser Isabella!
tapi aku takkan menangis.

Preety mood is now On!

Dia : saya ingat nanti nak pakai mercedes...
Aku : bila dah pakai awk pinang saya ye...
Dia : tapi rasa nk pakai BMW
Aku : esoklah awk pinang saya!
Dia : saya suruh mak ayah saya datang betul2 baru tau....
Aku : bagitau awal-awal la, sempat saya kemas rumah dulu.






just can't stop thinking about you.

*hmmmmmm*







Mr A
awak comel la...
mata awak cantik la..
*blushing*




mood curently : pewitttttttt....(sambil dengar lagu Isabella)

harharharharhar......

I have a dream.

Cita2 aku dulu, masa kecil2 aku nak jadi penyanyi. aku suka betul tengok budak2 sebaya aku menyanyi. duet dengan artis2 top. haish, jeles sangat2 lah!

aku start pasang cita2 ni bila aku tengok ade penyanyi Indon menyanyi dengan Westlife, lagu i have a dream.

macam cerita Tom-Tombak sekarang, tapi dulu takdek segmen tu, Aznil pun tak sunat lagi masa tu.tapi dulu lah, masa umur aku darjah1-2.masa tengah belum tahu malu lagi.

bodoh betul.

Bila darjah 3-5, aku nk jadi doktor, sebab mak aku masa tu jadi nurse..bila aku pergi hospital, nk ambik 'beliau' balik kerja.. aku tengok uniform doktor cantik, smart.putih je...dahlah aku mmg suka warna putih. lagi 1, sebab aku tertarik nk pakai benda ear fon tuh, yang boleh detect jantung still bernafas ke tak.At least..doktor je ade...kerja lain tak pakai bnda tuh.Mmg aku dah taget nk jadi Doktor.

Masuk darjah 6, sains aku fail dengan teruk dan menjunam terusssss. tak dek harapan lansung aku nk ambik bio ke, kimia , ke..ape2 lah bila masuk form 1 nanti. cita2 aku buat kali kedua tu, mati macam tu je.

dan dalam pada umur yang sama...aku pertama kali jejak ke Uitm ShahAlam, datang sebok2 pergi tengok pakcik aku grad.dia ambik undang-undang.

dari situ, aku taget nk jadi lawyer.mak aku suruh aku jadi macam adik dia(pakcik aku tulah) sebab after grad, pakcik aku pergi U.K untuk ambik master pulak.

konon, bila aku pergi uk, aku kan bawak mak aku la tu...konon jelah.masuk je sekolah menengah, form 1, aku banyak ponteng. tapi cita2 aku masa tu untuk jadi peguam sangat kuat! tiap2 exam, aku just score paper sejarah. tu je, paper lain aku just buat lantak and cukup makan je.

setiap kali dapat repot kad, mesti meriah dengan kaler2.colourfull gitu.bila mak aku bebel, aku agung2kan paper sejarah aku yang full marks tu (kuikui)mak aku terus diam.

masuk je form 3, tahun PMR, aku dah start rasa subjek tu seriusly bosan!sangat2 membosankan.even worst..aku dah tak dapat score paper sejarah sebab makin tahun, makin boring. kawan2 aku gelakkan aku sebab dia kata budak nerd je yang suka paper sejarah.

cibai betul, kawan2 aku memang suka menjahanamkan.

ambik kau, masa PMR, paper sejarah aku setakat cukup makan. aku score paper lain. iaitu paper BM. paper agama aku gagal, sebab aku lawan cakap ustazah aku before exam PMR..biasalah, org warak ni kan, doa makbul.biarpun doa untuk menjatuhkan.

bodoh betul.

masuk form 4, sijil PMR aku kira laku lah bila aku dapat tawaran masuk Teknik.aku ambik kos Bisnes, sebab kos bisnes je yang ade belajar komputer.kos lain mcm shit.sebab belajar pasal ukur, batu bata dan asas elektrik.

start form 4, aku bajek nk ambik bisnes untlil when2, konon akan banyak duit. tapi cibai la....bila aku lansung tak dapat score paper account. cilakerrrrr...sungguh hampa. dan masa form 4 dan form 5 la baru aku relise.aku sangat fuck subjek yang berkaitan dengan nombor.paper add math, math, account..memang aku tak dapat score.family aku pun tahu aku tak suke tiga subjek tu dan syukur ke hadrat ilahi, aku dikurniakan oleh keluarga yang sangat memahami.

so, bila ada time kira2 dalam perbualan family, memang diorang takkan harapkan aku lah untuk mengira melainkan kat tangan aku ade sebijik kalkulator saintifik yang dengan nama lainnya, aku gelarkan dia nyawa aku.

wakakakkaka

habis je SPM, aku bajek nak ambik perhotelan, sebab aku suka jadi receptionist. bukan suka..tapi teruja untuk jadi.

sebab ada baju cantik, make up cantik, mulut cantik, cakap cantik.semua cantik...so after SPM aku decide nak ambik kos hotel dan aku aplly UITM. tapi cita2 aku sekian lama itu gagal lagi sebab leterure Shah ALam sangat fuck aku rupanya.hahaha..dengan bangganya permohonan aku ditolak secara mentah.Baru aku tahu..untuk aplly kos tu, bukan harapkan rupa saja.....tapi slip SPM kau juga.

aku dpat tawaran belajar kat politeknik, kos bisnes. memandangkan aku sangat2 benci nombor, aku tolak secara diam2. surat tu aku buat unggun api, then aku bakar ayam atas dia.

kenyang dan puas hati.
hmmmmm....

after few months aku lepak rumah, makcik aku offer aku untuk jadi reception di kelab golf terkemuka yang sekarang dengar khabarnya telah disita kerana banyak hutang.hehehe...

aku pun kerja la kat situ about 1 and a half year. memang seronok. at least cita2 aku untuk jadi reception tercapai.
walaupun bukan hotel, tapi nama jawatan tetap sama.ada uniform dan kena mekap comel2.dah cukup.
hhehehe...

masa kau kerja situ, cita2 aku automatik bertukar sebab aku teruja pulak nk jadi personal Assistant.aku suka tengok assistan General Maneger(GM) aku kehulur hilir. pakai cun2 dan seksi2 dan ikut je bos pergi mana2.
*auwwwwwww*

semasa kerja kat situ, ada lah hamba allah yang terpegun dengan aku, wakakakakak, offer kerja dengan dia pulak..sebagai Personal Assistant. Alhamdulillah.

cita2 aku tercapai lagi.syukur.aku resign dengan alasan punya peluang pekerjaan yang lebih baik.

2 tahun aku kerja sebagai Assistant, seronok dan sangat2 bizibodi okekkkk!aku kena buat itu dan ini dan bos aku cuma duduk lepak goyang kaki je.mula lah aku pasang2 cita untuk jadi bos pulakkkkkkk!

sangat2 geli hati!wakakakak:))tapi aku matikan saja cita2 tu bila ekonomi gawat dan bos aku pening untuk buat projek2 dia.

kesian.

tapi tulah, org melayu, mana boleh harap sangat buat projek2 besar ni kan...

semasa dalam bekerja, aku dapat offer bekerja dengan pihak lain pulak.masa tu aku dah xdek cita2. aku terima je rezeki mana2.sebab aku dah penat bercita-cita. dan dah rasa puas untuk pasang angan2.

walaupun setengah angan2 aku tercapai, tapi apa yang aku bayangkan..tak jadi macam tu.
tahu???
tapi sebaliknya.

macam sekarang, kerja ni bukan macam aku harapkan.tak macam aku bayangkan dan tak seperti aku impikan.

lain.

aku dah taknak pasang cita2 lagi. aku nk macam ni je.

diam,
tak punya cita2,
tak ada impian
dan tak ada harapan.

macam sungai, mengalir mengikut alur sahaja, tak laju tapi mengalir secara damai. tak lurus tetapi tak berliku2.

hmmmm...

perbualan adik kakak:

kakak : adik nk jadi apa besar nanti?
adik : nk bawak lori sampah..boleh langgar semua kereta kecik.
kakak : bagus adik aku...besarrrrrrrr cita2 kau kan.

dulu, masa aku kecil, tiap kali orang tanya aku pasal cita2, aku jawab dengan bangga nk jadi tu ini, sekarang, bila orang tanya aku nk jadi apa. aku jawab nak jadi manusia.

tu je.



aku baru perasan selepas bace entri ni sampai habis.

*hidup aku dari kecil sampai sekarang, tak habis2 meniru orang.
wtf.



I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream


>rest in peace<













.

Fucking damn thing..

Kadang2, bila terleka...

Malaikat kiri kanan pun kita dah tak kisah.

Tuhan depan mata pun kita buat2 tak nampak.

dosa pahala pun rasa macam mainan dunia.

hmm.....

aku terleka.

lagi sekali.













nafsu,
sape boleh tahan. kan????

C u r r e n t l y ? ?

wink*wink

Money is something you've got to make and get in case you dont die.

selera aku betul2 classy around 2 weeks since dah dapat catch up semua kerja.Dan sudah start buat kerja like a pro.

baru lepas breakfast mee soto, semalam aku makan mee sup, kemarin nasik minyak..dan td aku baru lepas lunch mekdi *oh tidakkk, aku gagal memboikotttt*

sekarang,

dah tak payah usung buku revision kehulur hilir.
dah tak payah tersengih2 jumpa org atasan nk tanya itu ini.
dah tak payah nk cakap terima kasih untuk ajaran walaupun satu habuk pun tak masuk kepala.
dah tak payah tersenyum tunduk2 macam faham sangat apa yang diajar.

dah tak payah buat muka ketat bila kena maki sebab tersalah 1 step.
dah tak payah okey!!

u'r lesson is un'needed!
*kembang idung*

nk kata aku sekarang dah banyak makan je.mana tahan, kerja macam monyet..kehulur hilir..kerja macam burung belatuk, hari2 menaip, kerja macam superman, semua kena cepat, kerja macam lipas kudung, semua nk kena express.

lol!

mak, selamat hari ibu....dah chop hadiah mana satu..tapi baru perasan gaji belum ada.mak mesti faham kan????

terima kasih,

untuk semuanya, segalanya...

hmm.,semua..

i love u:)




.

isabells has lots to smile about.

Aku ada banyak benda untuk di'senyum'kan...

Hilang kucing comel, aku tak pasti di-kidnap atau dilanggar-sorok-lari,kalau aku dapat tau siapa yang ambil...memang sampai mati aku takkan maafkan. keja bertimbun-timbun dengan tak berhabisan dan aku sudah tahu peritnye bekerja bila ada dateline, aku tak boleh rehat dengan tenang bila tengok dalam tray 'IN' masih penuh dan tak luak2 walaupun aku buat hampir separuh hari. tak dapat catch-up kerja Puan S lagi membuatkan aku makin presure sebab nk ambik tempat dia bila tengah cuti bersalin,haish..kalau ikut hati..aku nk doa dia bersalin lewat sikit..tunggu aku dapat catch-up 100%..baru la baby tu keluar..tapi memang tak dapat laaaa, member dah boyot-tunggu time je tu.Anytime je nk keluar tu. dan macamlah doa aku akan dimakbulkan sangat. Gaji kena stuck for 2 months, buat aku hampir 2 bulan gak tak masuk shoping complex sebab aku takut mengigau. Org admin pulak macam nk taknak je buat gaji aku. aku pun memang taknk lah meminta2 walaupun kelihatan sungguh desprete. Minah-kerek-bajek cun asyik nak berangin dengan aku sampai aku nk tengok muka dia pun buat aku takdek mud lansung! dan mak tak habis2 puji minah-kerek-bajek-cun tu konon perempuan tu sangat2 baik dengan dia....so plastik. dengan kawan satu kepala masih samar2 dan kelam. belum timbul buat aku semakin stress dengan persekitaran kerja yang hari2 macam sedikit demi sedikit nak bunuh aku.ada mamat muka cam jehan ex-school mate aku dulu, serius, perangai macam shit. macam tahi. kau tetap Loser selagi aku tak senyum pada kau okey?? lelaki2 kat sini semua macam tak berapa nk berkawan, more into nk ambik kesempatan. (bukan semua) <--aku dah mula belajar cara untuk lebih menghargai.

Serius, andai kata aku dapat tahu diorang main 'betting' untuk dapatkan no phone aku, memang aku patahkan tulang belikat dia sampai doktor pakar pun tak boleh nak betulkan balik.

tak boleh nk mention nama....aku dah rase mula tersepit ni.sangat2 tersepit!dunia fatamorgana ini masih aku harapkan sebagai mimpi saja.

masih lagi.

wtf..
*senyum*

aku semakin dahagakan senyuman ikhlas dan aku selalu mention yang aku tak lapar lansung akan senyuman dibuat2... tak kebulur pun. .

1mei2009

-selamat hari cuti pada pekerja2 paksa.best kan cuti..rasa nk cuti sampai mati.

2mei2009 (mms recieved)
dia : hamster aku beranak, comel tak???
aku : comel, macam hotdog.


3Mei2009 (11.00pm)
aku : lelaki semua sama
dia : memang sama, panjang..awk ade nmpak yang luar biasa ke??siapa punye??
aku : hahahahaha < -- (paksa)

4mei2009 (3pagi)

aku : kawan lelaki sy, mengaku...kata lelaki semua sama.
dia : sebab dia bodoh.
aku : kenapa cakap macam tu, awak pandai ke??
dia : pandai lah, sebab sy pandai backup kaum sy.
aku : awk mmg bodoh.

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS