malaikat, sy rindu awak.

Malaikat, sekarang saya betul2 rindukan awak. Harap awak terima utusan saya yang x seberapa ini. Dikarang oleh seorang perempuan yang tak baik mana, dihantar oleh sekeping hati yang tak bersih mana, dengan harapan yang tinggi didada yang tak suci mana, dan jiwa yang masih lagi berbunga2 dan penuh dengan hiruk pikuk segala.



Rindu kali ni tak macam saya rindukan peluk ibu semasa saya kecil, semasa tidur dan hujan lebat. Rindu kali ni tak macam rindu usapan ubun2 dari seorang lelaki bernama Ayanda. Rindu ini tak serupa rindu pada waktu kecil, berkelahi berbalah sama dua kanda yang tinggi2 dan besar2. Tak sama dengan rindukan adik perempuan yang dulunya mesra berjenaka, bercerita tentang picisan yang sangat2 diperlukan. Rindu ini tak seperti sama dengan rindukan Ben-10 yang dulunya kecil saja, comel dan halus, tapi penuh dengan kasih sayang. Rindu kucup dia, dan rindu dikucup dia juga.



Rindu ini tak macam saya rindu sama sejuk wudhu,rindu pada harum sejadah, tak macam rindu pada halusnya kain telekung, tak seperti rindunya saya pada purdah suci, tak seperti rindu pada alunan Al_quran. Rindu sangat pada awak.



kalau saya jumpa awak, saya nk cerita, hati saya ni dah makin sakit. nak minta ubat.minta penenang,kalau jumpa, saya nk cerita semua, pasal ayah, pasal bonda, pasal semua. Kalau jumpa, saya nk cerita pasal kucing2 semua, semua sihat.kalau boleh juga, sy nk minta awak pulangkan balik yang dah awak pinjam. Awak x boleh pinjam sesuatu yang saya sayang selamnya. Tak Boleh tahu?



tapi saya tahu, awak takkan peduli.



Rindu ini juga tak sesakit merindui dia yang semakin goyah ni, tidak juga seperit merindui dia yang semakin kurang ini, Tak sepedih merindui dia yang semakin menghilang ini. Tak sesentap merindui dia yang semakin menipis ini.





'awak tak takut ke?orang rampas saya dari awak??'



saya tanya ni, jawab lah.

1 STITCH:

dewa cinta said...

yup..
sayer takut...
taku sangat awak dirampas oleh orang lain......

jadi..awak jangan pergi k...

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS