Tinggi sangat

ini cerita hariini.
sayang,
sampai disini saja, jaga diri dan peribadi mu itu, kerana itu sahaja harta yang perlu kamu mulia dan banggakan.

ini cerita semalam.
hujan lebat, aku masih lagi mati dek tawa muka2 di kiri kanan aku ini.Aku masih lagi membisu di celah2 manusia2 ini. aku masih lagi diam dalam hingar bingar alam ini.masih kelu dalam riuh cerita jiwa2 puitis mereka ini.

bosan.
aku cuba untuk berdiri, tapi lemah. Aku cuba untuk bersuara, tapi kelu, aku cuba untuk ketawa, tapi sunyi, cuba juga untuk berbual, tapi kosong.

aku rasa aku belum cukup tinggi lagi, masih belum cukup besar.aku aturkan kaki....aku mahu lebih tinggi dari mereka, mahu berada diatas. Penat aku duduk dibawah, tak punya hasil, sedih sentiasa dibawah, seperti tiada pengaruh, tak suka berada dibawah, macam orang yang tak berguna.

aku keluar, aku tegur hujan, lihat hujan, kira titis hujan, senyum pada hujan,dan lambai pada hujan.
*puas*

tapi baru tersedar aku masih lagi dibawah.mengeluh sendirian.
aku naik ke tingkat 7, rasa tinggi sedikit, rasa dihargai sedikit, rasa macam orang atasan, rasa ramai orag bawahan.Bila sudah diatas, aku jadi lain pula. Kesian untuk pijak lebih2, fikirkan org dibawah. Gerun mahu menghentak2 kaki, bimbang sakit umat dibawah. takut hendak berlari2, risau orang bawah sakit dihenyak2. Aku jengah keluar tingkap, lihat banyak manusia dibawah. Semua menjengah ke atas. Melihat aku....terdongak2, mahu memandang aku. aku pula rasa begitu naif, terpaksa menunduk mahu melihat, terpaksa tertunduk2, mahu menegur.


Tapi masih belum cukup puas, aku pergi kesebelah pula, mahu mencuba jadi lebih tinggi, kini aku sangat tinggi.Paling tinggi, semua dibawah.aku saja diatas.aku jadi riak, cepat2 aku tunduk, aku jadi bangga, lekas2 aku diam, aku jadi sombong, cepat2 aku beristiqamah.aku jengah keluar.Kosong.....tiada siapa.aku jerit2, tapi tiada siapa yang dengar, aku lambai2,tapi tiada siapa pun yang nampak. aku senyum2, tapi aku seakan berilusi.

Bodoh,
aku turun bawah bersama rasa hampa. aku turun bawa rasa curiga. aku turun bawa seribu rasa.
Baru terasa.

Bukan lah sedap mana pun bila tinggi, bukan lah sucks mana pun bila rendah.
Aku dapat rasa, manusia yang tinggi2 darjat tu semua, semua mahu nk duduk dibawah kan?
Yang berada dibawah sibuk mahu naik junjung.
haish.

manusia, tak pernah nak puas.





awak,
ade lelaki tingkat 2 mintak number fon awak.saya ingat dia suka pada saya.Rupa2 nya gunakan saya je. Takpe, awak jangan rasa bersalah dengan saya, Saya bagi nombor telefon awak ye. Dia cakap dia nk keluar minum dengan awk. Untung la awak, sebab dia sangat hensem.
jangan marah kalau saya cemburukan awak ye.




saya bagi ye.



:)

7 STITCH:

NAZ said...

saya takot darjat :)
sebab saya dibawah.

typical.girl said...

x gune takutkan sesuatu yg bukan kekal :)

Anonymous said...

saya juga mahu lebih tinggi..
bolehkah bergayut menambahkan ketinggian kita??
haha..
cerialah!

typical.girl said...

sedang ceria ni:)

m1z4lov4 said...

mintak no saye ke? hehehe... bg lah.. xkisah la awk nk jeles pun =)

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

saya sedang berada dibawah dan melihat orang diatas saya berpoya2 ditempat saya dahulu
hei itu tempat saya,tapi semua orang tak peduli.
sakitnye.

typical.girl said...

dewasa sentiasa membuatkan manusia jadi tak peduli :)

sabar :)

syg, ur always be mine.

Daisypath Anniversary tickers

VIRUS